SUAMI saya seorang mualaf. Dia memeluk Islam sebelum saya mengenalinya lagi. Melihat inisiatif dan kesungguhannya mendalami Islam membuatkan saya bersetuju mengahwininya.
Namun, baru-baru ini saya dapati dia suka menonton video lucah. Malah, saya juga terjumpa video dia memasang kamera di dalam tandas rumah saya ketika keluarga saya berkunjung ke rumah kami.
Saya sangat marah dan malu dengan perbuatannya itu. Sekarang sudah tiga bulan saya tidak bercakap dengannya. Bagi mengelakkan pertengkaran saya masih menyediakan segala keperluannya.
Salahkah saya memohon cerai kerana benci melihat mukanya? Walaupun suami masih lagi menunaikan solat, namun dia tidak pernah mening�galkan tabiat buruk itu.
ISTERI KECEWA,
PERTAMANYA, persoalan menonton video lucah adalah jelas ia haram dan berdosa. Ini kerana menonton video lucah melanggar batasan agama, iaitu dengan (1) melihat perbuatan zina yang diharamkan Allah, (2) melihat aurat yang diharamkan terutama bahagian sulit.
Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud: “Janganlah seorang lelaki melihat aurat lelaki yang lain dan janganlah wanita melihat aurat wanita yang lain,” (3) terbayang wajah dan aksi pelakon video berkenaan dalam hubungan suami isteri (4) menimbul prasangka buruk antara suami isteri (5) merangsang untuk melakukan perbuatan maksiat dan dosa sama ada pada keluarga atau orang lain.
Kedua, memohon perceraian dengan alasan tidak dapat hidup bersama lagi kerana sudah membenci suami akibat dari tabiat buruknya sama ada ia salah atau tidak.
Secara umum ia boleh dijadikan alasan untuk bercerai. Bagaimanapun, perlu diingat bahawa perceraian adalah penyelesaian terakhir konflik rumah tangga.
Ada banyak cara dan kaedah penyelesaian masalah terhadap hubungan antara suami isteri. Al-Quran membayangkan penyelesaian kepada isu suami bermasalah ini dalam firman Allah yang bermaksud: “Dan jika seorang perempuan bimbang akan timbul dari suaminya nusyuz, atau tidak melayaninya, maka tiadalah salah bagi mereka membuat perdamaian di antara mereka berdua, kerana perdamaian itu lebih baik; sedang sifat bakhil itu memang tabiat semula jadi manusia. Dan jika kamu berlaku baik dan mencegah diri (daripada kezaliman), maka sesungguhnya Allah adalah Maha Mendalam Pengetahuan-Nya akan apa yang kamu lakukan.” (Surah al-Nisa’ ayat 128)
Dalam kes anda, ada baiknya untuk berunding dan berbincang secara baik sambil menasihati suami supaya tidak meneruskan tabiat sedemikian.
Ini sebahagian daripada usaha damai (sulh) antara anda suami isteri. Mungkin panduan daripada kaunseling pejabat agama dapat membantu sedikit sebanyak.
Berpandukan kepada ajaran agama yang mementingkan kesucian rohani dan pembentukan akhlak yang baik, nescaya suami boleh berubah dan kembali kepada kebenaran serta akhlak mulia.
Berilah peluang kepada suami untuk berubah kerana setiap manusia tidak lari daripada melakukan kesalahan dan dosa.
Johor

No comments:
Post a Comment