Tolong Klik kat iklan Nuffnang Tanda sokongan anda

visit me

Click Here To Show Yr Support

Berita Panas Je !!!!!!!

12 July, 2011

Jul 12, 2011 - Menyimpang ajaran agama


KUALA LUMPUR: “Kepercayaan tidak sepatutnya diletakkan kepada sepotong kain kerana ia jelas menyimpang daripada ajaran agama,” kata Presiden Pertubuhan Wanita Muslim Antarabangsa Malaysia, Dr Robiah Kulop Hamza.
Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan muka depan akhbar ini semalam mengenai seorang wanita berusia 50 tahun dikatakan pernah memiliki lebih 200 teman lelaki dipercayai disebabkan kebolehan tangkal sepotong kain batik bercorak ular mengawan.

Menurut Dr Robiah, dari segi psikologinya, wanita itu dilihat percaya pada kebolehan sepotong kain bagi mendapatkan pasangan untuknya melebihi kepercayaan kepada kuasa Tuhan yang Maha Agung.
“Kebahagiaan boleh dicari sama ada secara halal dan haram. Jadi apabila dia menggunakan kain terbabit untuk mendapatkan bahagia, cara itu haram. Sepatutnya dia reda dengan ketentuan Tuhan.

“Ada dua sebab menyebabkan seseorang mengamalkan hidup seperti ini. Pertama, kurang yakin dengan kewujudan Tuhan. Kedua, cuba mencari kebahagiaan yang belum dikecapi,” katanya.

Dr Robiah berkata, beliau menganggap umur bukan faktor penentu untuk seseorang itu sedar daripada kesilapannya kerana jika seseorang itu sedar, perkara menyimpang seumpama itu tidak akan berlaku.
Menurutnya, selain itu, perkara karut seumpama itu juga timbul mungkin dipengaruhi faktor didikan ibu bapa tidak seimbang menyebabkan iman tidak begitu teguh bila dewasa.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...