Tolong Klik kat iklan Nuffnang Tanda sokongan anda

visit me

Click Here To Show Yr Support

Berita Panas Je !!!!!!!

21 July, 2011

Jul 21, 2011 - Ibu Tunggal Kena Belasah !!!

Ibu tunggal mahu putus hubungan dengan teman lelaki dibelasah
AMPANG JAYA: Angkara mahu memutuskan hubungan cinta dengan teman lelaki, seorang ibu tunggal berusia 24 tahun cedera di badan selepas dipukul dan ditolak lelaki itu dalam kejadian di Pandan Jaya, di sini, kelmarin.
Kejadian kira-kira jam 10 malam itu bermula dengan pertengkaran kerana mangsa tidak tahan dengan sikap teman lelaki yang berusia 20-an itu dan mahu memutuskan hubungan cinta mereka.

Difahamkan, mangsa baru beberapa bulan menjalinkan hubungan cinta, tetapi sering bertengkar akibat sikap panas baran teman lelakinya.
Sumber polis berkata, pada hari kejadian, lelaki berkenaan ke rumah mangsa selepas tidak berpuas hati dengan keputusan mangsa yang mahu memutuskan hubungan mereka selepas beberapa bulan bercinta.

“Sejurus tiba di rumah mangsa, lelaki itu terus meminta penjelasan mengapa mangsa ingin memutuskan hubungan cinta mereka.

“Namun, mangsa enggan melayan menyebabkan lelaki itu naik angin dan terus memarahi mangsa,” katanya di sini, semalam.
Katanya, lelaki itu memukul dan menolak mangsa serta anaknya hingga terjatuh. “Kedua-dua mereka mengalami kecederaan di badan,” katanya.

Menurutnya, lelaki itu turut mengugut mahu memecah masuk rumah mangsa sekiranya berdegil mahu memutuskan hubungan mereka.
“Mangsa yang takut dengan ugutan itu membuat laporan di Balai Polis Pandan Indah,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan berkata siasatan lanjut sedang dijalankan.

“Kes ini masih dalam siasatan dan kami akan mengambil keterangan kedua-dua pihak sebelum tindakan lanjut diambil,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...