Tolong Klik kat iklan Nuffnang Tanda sokongan anda

visit me

Click Here To Show Yr Support

Berita Panas Je !!!!!!!

25 July, 2011

Jul 25, 2011 - Dihantui dosa silam

SAYA berumur 28 tahun dan mendirikan rumah tangga hampir setahun lalu selepas kami terlanjur selama empat tahun.
Sebelum menjalinkan hubungan dengan suami saya, saya juga terlanjur dengan bekas teman lelaki saya selama hampir tiga tahun.
Sememangnya saya merasakan hidup ini tidak pernah tenteram dengan dosa yang dilakukan selama ini.

Saya pernah menggugurkan kandungan sebanyak dua kali bersama teman lelaki yang kini menjadi suami saya.

Begitu banyak dosa yang saya lakukan selama ini, tidak termasuk dosa saya dengan orang lain.
Dengan status saya kini bergelar seorang isteri, saya menginginkan cahaya mata bersama suami, tetapi apabila mengenangkan dosa yang saya lakukan termasuk menggugurkan kandungan timbul perasaan bimbang.

Saya takut anak saya nanti cacat, tidak cukup sifat, menghidap sindrom down, terencat akal atau mendapat penyakit kronik atau ganjil apabila membesar kelak.

Saya terlalu takut untuk mengandung sekali lagi kerana dihantui dosa silam. Tolonglah bantu saya Dr.

INSAF
Pulau Pinang




SEMEMANGNYA mereka yang melakukan dosa dan jenayah tiada ketenteraman jiwa.

Ini kerana perbuatan maksiat dan dosa termasuk zina sentiasa menghantui mereka.

Perbuatan zina memang ditegah Islam kerana dikira sebagai perbuatan keji dan jalan membawa kejahatan dan dosa yang lain seperti pengguguran dan pembunuhan anak.

Ini dijelaskan al-Quran: “Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat.” (Surah al-Isra’ ayat 32)

Seterusnya Islam menghukum penzina di dunia sebanyak 100 kali rotan bagi penzina yang belum berkahwin seperti dalam ayat 2 Surah al-Nur yang bermaksud:

“Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat
tiap-tiap seorang dari kedua-duanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap kedua-duanya dalam menjalankan agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari Akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang yang beriman.” (Surah al-Nur ayat 2)

Sekiranya hukuman itu tidak berlaku di dunia, penzina akan dihukum di akhirat dengan lebih kuat. Bagaimanapun, Allah itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang.

Allah menerangkan hukuman akhirat boleh dihindari jika seseorang itu bertaubat, beriman dan mengerjakan amal soleh dalam firman-Nya yang bermaksud: “Dan mereka yang tidak menyembah Tuhan yang lain selain Allah, dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah kecuali dengan alasan yang benar dan tidak berzina, barang siapa yang melakukan demikian, nescaya dia mendapat balasan dosanya, akan
digandakan azab untuknya pada hari kiamat dan dia akan kekal dalam azab itu dalam keadaan hina, kecuali mereka yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amalan soleh, kejahatan mereka diganti oleh Allah dengan kebajikan dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Dan sesiapa yang bertaubat serta beramal soleh, maka sesungguhnya (dengan itu) ia bertaubat kepada Tuhannya dengan sebenar-benar taubat.” (Surah al-Furqan: 68-71)

Dengan itu, puan perlu menurut ajaran Allah dengan kembali bertaubat, beriman sepenuhnya pada Allah, Nabi dan Hari Akhirat dan melakukan banyak amalan soleh seperti bersedekah dan menolong anak yatim dengan mengharapkan keredaan Allah.

Seterusnya, anda berdua hendaklah membina kehidupan keluarga atas jalan
agama terutama dalam mendidik anak kelak. Bertaubatlah dengan penuh penyesalan atas keterlanjuran diri dan mohon doa kepada Allah agar dikurniakan anak yang sihat dan baik di dunia dan akhirat.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...