KUALA LUMPUR: “Saya maafkan segala tuduhan Nizam terhadap saya, namun saya terasa sedikit terkilan dan tidak faham kenapa dia sanggup memfitnah saya kononnya saya mengabaikan tanggungjawab kepada isteri dan anak,” kata pelakon dan pengacara, Jimmy Shanley Saleh, 31, yang kecewa selepas bapa saudara isterinya yang dikenali sebagai Nizam mendakwanya mengabaikan tanggungjawab menerusi laman sosial facebook.
Menurut Jimmy, dia terkejut sejurus membaca fitnah terbabit yang mengatakan dia mengabaikan tanggungjawab kepada isteri, Norsuhaila Ilyani Suhaimy, 25, dan anak, Zahrah, malah turut menerima cacian yang dapat disaksikan ramai pengguna laman sosial itu.
“Saya menolak tuduhan tidak berasas yang diutarakan Nizam dan mahu menegaskan tidak pernah sesekali mengabaikan tanggungjawab sebagai ayah dan suami. Untuk pengetahuan, saya memberikan wang perbelanjaan setiap bulan selain berjumpa mereka,” katanya ketika dihubungi.
Kata Jimmy, biarpun difitnah dia tidak mahu menganggap perkara itu sesuatu yang serius dan kini hanya mahu menjaga hubungannya bersama isteri, anak dan mentuanya saja.
“Saya terima apa yang Nizam katakan, saya maafkan apa yang dia fitnah, tetapi saya tidak mahu memanjangkan perkara ini kerana saya tahu tindakannya kurang cerdik,” katanya.
No comments:
Post a Comment