Cerita 1 - Pijak perut isteri
KUALA LUMPUR: Kejam! Itulah situasi terpaksa ditanggung seorang wanita berusia 22 tahun yang mengandung tujuh bulan apabila ditampar, diterajang selain perutnya dipijak suami dalam kejadian di sebuah rumah di Bandar Baru Sentul, di sini, Khamis lalu.
Dalam kejadian jam 8 malam itu, si suami berusia 24 tahun hilang pertimbangan selepas bertengkar dengan mangsa berpunca daripada masalah kewangan.
Akibat perbuatan kejam itu, mangsa dilapor mengalami pendarahan serius sebelum dikejarkan ke hospital namun kandungannya dilaporkan selamat.
Menurut sumber, kejadian bermula apabila lelaki terbabit yang pulang bekerja bertindak memarahi isterinya sebaik tiba di rumah.
Menurut sumber, kejadian bermula apabila lelaki terbabit yang pulang bekerja bertindak memarahi isterinya sebaik tiba di rumah.
“Pasangan yang sudah berkahwin hampir dua tahun lalu mula bertengkar kerana wanita terbabit mendesak suaminya yang sedang kesempitan wang membeli barangan persediaan menyambut bayi sulung mereka.
Cerita 2 - Belasah isteri di khalayak ramai
KUALA LUMPUR: Gara-gara cemburu, seorang wanita berusia 31 tahun bukan saja ditampar dan dipukul, malah turut dicekik suaminya sambil disaksikan orang ramai di sebuah stesyen minyak di Taman Melati, di sini, Khamis lalu.
Difahamkan dalam kejadian jam 2 petang itu, mangsa keluar bersama rakan lelaki sepejabat untuk makan dan berhenti di stesyen minyak berkenaan untuk menunaikan solat Zuhur.
Bagaimanapun, mangsa dan rakan sekerjanya itu terserempak dengan suaminya berusia 30-an di kawasan berkenaan menyebabkan keadaan kecoh apabila lelaki terbabit menuduh isterinya curang.
Menurut sumber, suspek yang hilang pertimbangan terus menampar dan menumbuk mangsa di hadapan orang ramai.
“Biarpun rakan sekerja mangsa cuba memberikan penjelasan, suspek tidak mempedulikannya. Sebaliknya, lelaki terbabit menjadi lebih agresif dengan bertindak mencekik leher mangsa.
“Suspek berhenti daripada berbuat demikian apabila melihat mangsa mengalami sesak nafas. Panik dengan keadaan mangsa, suspek mengugut mencederakannya apabila pulang ke rumah sebelum meninggalkan kawasan berkenaan,” katanya.
Sumber berkata, mangsa yang mengalami kecederaan ringan dibawa ke hospital berhampiran kawasan berkenaan namun hanya dirawat sebagai pesakit luar.
Mangsa membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju, di sini, untuk siasatan dan tindakan lanjut.
Difahamkan, kes disiasat bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan (KK).
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan dan memberitahu siasatan lanjut sedang dilakukan
No comments:
Post a Comment