Tolong Klik kat iklan Nuffnang Tanda sokongan anda

visit me

Click Here To Show Yr Support

Berita Panas Je !!!!!!!

05 July, 2011

Jul 5, 2011 - Bomoh Bedah Batin !!!!

Leha menunjukkan laporan polis yang dibuat.
TAIPING: Seorang suri rumah mendakwa dimalukan seorang bomoh lelaki yang mengeluarkan kata-kata kesat ke atasnya hanya kerana dia enggan menjalani rawatan di dalam bilik gelap bersama bomoh itu tanpa ditemani suaminya.
Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Leha, 30-an, berkata, dia kerap pening dan pitam sebelum dibawa suami mendapatkan rawatan tradisional di Kulim, Kedah.

Menurutnya, dia yang berjumpa bomoh berusia 60-an itu awal minggu lalu dan didakwa terkena sihir serta perlu menjalani rawatan pembedahan batin di dalam bilik khas bersamanya.
Leha berkata, pada peringkat awal, bomoh itu memegang jari tangannya untuk mengesan punca penyakit misteri menyerangnya sejak beberapa bulan lalu.

“Saya diminta bomoh itu supaya masuk ke dalam bilik khas disediakan itu untuk menjalani pembedahan batin, manakala suami diminta duduk menunggu di luar.

“Saya terkejut dengan arahan itu menyebabkan saya enggan kerana tidak mahu menjalani rawatan di dalam bilik dengan lelaki bukan mahram. Malah, saya bimbang jika perkara tidak baik berlaku,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Menurutnya, dia memaklumkan kepada suaminya dia tidak mahu meneruskan rawatan dengan bomoh berkenaan.

“Tindakan saya itu menyebabkan bomoh itu naik angin dan memaki-hamun dan mendakwa saya sengaja mempertikaikan kaedah perubatannya.
“Berikutan tidak mahu sesuatu buruk berlaku, saya dan suami keluar dari rumah bomoh itu untuk pulang. Namun, bomoh berkenaan terus mengekori kami sambil mencerca tanpa henti,” katanya.

Menurutnya, kejadian itu benar-benar membuat dia tertekan hingga mengambil keputusan membuat laporan di balai polis di Kulim, Kedah.

Leha berkata, dia tidak mahu menjalani rawatan bersendirian di bilik lelaki berkenaan kerana bimbang berlaku kejadian pukau, sihir atau cabul seperti kerap dilaporkan media sebelum in

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...