Tolong Klik kat iklan Nuffnang Tanda sokongan anda

visit me

Click Here To Show Yr Support

Berita Panas Je !!!!!!!

06 July, 2011

Jul 6, 2011 - Kena Kurung oleh Kekasih !!!!

Dikurung kekasih
Oleh Mohd Firdaus Ibrahim
mfirdaus@hmetro.com.my
KUALA LUMPUR: Gara-gara enggan menemui teman lelakinya, seorang wanita berusia 32 tahun dikurung di rumahnya sendiri di sebuah apartmen di Teratai Mewah, Setapak, di sini, kelmarin selepas suspek bertindak mengunci kediaman mangsa dari luar.
Selepas lebih sejam dikurung dan diganggu lelaki berusia lewat 30-an itu yang berkeras enggan membuka jeriji besi rumah itu, mangsa kemudian menghubungi polis melaporkan kejadian itu.
Dalam kejadian jam 9.30 malam itu, sepasukan polis yang tiba di lokasi berjaya mengeluarkan mangsa selepas memotong mangga besi manakala suspek melarikan diri.

Sehubungan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Setapak, di sini.
Menurut sumber, suspek mengunci jeriji rumah teman wanitanya dari luar menggunakan mangga selepas mangsa enggan menemuiny

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...