Tolong Klik kat iklan Nuffnang Tanda sokongan anda

visit me

Click Here To Show Yr Support

Berita Panas Je !!!!!!!

05 July, 2011

Jul 5, 2011 - Silap kahwin pilihan ibu

SAYA seorang isteri dan ibu kepada dua orang anak yang masih kecil. Saya seorang profesional, berpangkat dan berpendidikan tinggi yang mengahwini suami di atas permintaan ibu.
Atas desakan ibu dan enggan digelar anak derhaka, saya turutkan kehendaknya mengahwini suami tanpa berkesempatan menyelidik latar belakang pendidikan, sikap, keperibadian dan ilmu agama suami yang sememangnya kriteria penting dalam penentuan ketua keluarga.
Saya berharap dengan mentaati perintah ibu ini maka saya akan beroleh kebahagiaan, tetapi ternyata ia satu kesilapan kerana suami bukanlah seorang insan seperti saya harapkan.

Bukan niat saya untuk membuka keaiban suami namun saya memohon pendapat Dr akan situasi yang sedang saya hadapi. Ternyata suami bukanlah seorang lelaki bertanggungjawab.


Dia tidak matang dan yang paling mendukacitakan ilmu agama suami sangat nipis dan dangkal. Sepanjang enam tahun perkahwinan, suami sering meninggalkan sembahyang dan tidak pernah sekali pun saya mendengar dia membaca al-Quran.

Saya merasa amat sedih kerana saya tidak nampak sebarang nilai atau kualiti pada diri suami yang boleh saya jadikan sandaran sebagai seorang yang dapat membimbing saya dari setiap aspek kehidupan.

Suami mengambil kesempatan di atas kelebihan yang saya ada dengan melepaskan kewajipan menanggung nafkah keluarga.

Daripada bayaran ansuran rumah, ansuran kereta, bil, lampin, susu dan pakaian anak hinggalah membeli beras gula dan makanan di rumah semuanya diletakkan di bahu saya.

Saya rasa amat tertekan kerana saya sering menghadapi masalah kewangan dalam memenuhi keperluan keluarga sedangkan dia berterusan lepas tangan tidak mahu turut sama menanggung keperluan keluarga.

Saya sudah tidak sanggup berterusan berada dalam keadaan ini dan apabila diajak berbincang dia akan naik angin dan memukul saya.

Pernah dicekik saya hingga sesak nafas dan mengalami keguguran kerana diterajang.

Saya pernah meminta pendapat daripada ibu untuk akhiri ikatan suami isteri ini, tetapi dilarang oleh ibu kerana ibu berkawan rapat dengan ibunya.

Kesabaran saya sampai ke penghujung dan saya rasa amat tertekan.

AMNI
Kuala Lumpur



PADA pandangan saya terdapat dua pilihan dalam menyelesaikan kes seperti ini iaitu (1) dengan mengakhiri ikatan suami isteri melalui perceraian sebagaimana hasrat anda sendiri, dan (2) memerlukan lebih kepada kesabaran dalam menyelesaikan masalah rumah tangga secara damai dan baik.

Buat masa ini saya mungkin lebih setuju dengan pilihan kedua iaitu menjaga rumah tangga supaya tidak hancur sebagaimana permintaan ibu.

Untuk itu, ibu atau bapa sendiri perlu memainkan peranan dengan berbincang secara baik dengan besannya, juga dianggap sebagai kawan baik.

Ibu hendaklah bercerita sepenuhnya kedudukan rumah tangga anda berdua dengan tidak pula mencari kesalahan, tetapi bertujuan mencari penyelesaian konflik rumah tangga berkenaan umpamanya nafkah, layanan suami, kekerasan yang pernah terjadi dan harapan anda sebagai seorang isteri.

Ia perlu diselesaikan segera bagi menjamin keutuhan rumah tangga.

Mungkin tempoh tertentu diberikan supaya masing-masing dapat berfikir secara baik.

Al-Quran menjelaskan bahawa isu rumah tangga dapat diselesaikan secara baik apabila suami isteri dan keluarga masing-masing bermuafakat, iaitu firman Allah s.w.t : “Dan jika seorang perempuan bimbang akan timbul dari suaminya nusyuz, atau tidak melayaninya, maka tiadalah salah bagi mereka membuat perdamaian di antara mereka berdua, kerana perdamaian itu lebih baik; sedang sifat bakhil itu memang tabiat semula jadi manusia. Dan jika kamu berlaku baik dan mencegah diri (daripada kezaliman), maka sesungguhnya Allah adalah Maha Mendalam Pengetahuan-Nya akan apa yang kamu lakukan.” (Surah al-Nisa’ (4): 128)

Rumah tangga menjadi bahagia apabila kedua-dua pasangan bersetuju hidup secara baik dan memenuhi tanggungjawab masing-masing seperti mana yang ditetapkan Islam.

Islam bagaimanapun tidak mengikat isteri supaya terus setia bersama suami apabila suami gagal memenuhi tanggungjawabnya, lebih-lebih apabila berlaku keganasan rumah tangga.

Dalam pada itu laporan polis hendaklah dibuat apabila berlaku unsur jenayah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...