Tolong Klik kat iklan Nuffnang Tanda sokongan anda

visit me

Click Here To Show Yr Support

Berita Panas Je !!!!!!!

06 July, 2011

Jul 6, 2011 - Lagi Cerita Suami Durjana !!!!!

Suami cuba sembelih isteri
Oleh Mohd Firdaus Ibrahim
mfirdaus@hmetro.com.my
KUALA LUMPUR: Berang ditegur kerana minum arak, seorang lelaki berusia 50-an cuba menyembelih isterinya dengan parang menyebabkan wanita itu cedera di tangan ketika cuba menyelamatkan diri dalam kejadian di rumah mereka di Wangsa Melawati, di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam itu, tindakan pantas anak lelaki pasangan terbabit berusia 26 tahun membantu menyelamatkan ibunya berusia awal 50-an daripada ‘disembelih’ bapanya.
Biarpun berjaya diselamatkan anak lelakinya, wanita terbabit cedera di kedua-dua tangan selepas terkena parang digunakan suspek dalam kejadian itu.

Menurut sumber, kejadian itu bermula apabila mangsa menegur suaminya supaya berhenti meminum minuman keras kerana membazir selain berdosa.

“Teguran mangsa menyebabkan suspek berang lalu memukulnya. Suspek bukan saja menampar, malah turut menumbuk dan menendang wanita itu hingga terjatuh
“Penderitaan mangsa tidak berakhir apabila suaminya bertindak lebih ganas dengan mengambil parang,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...