Tolong Klik kat iklan Nuffnang Tanda sokongan anda

visit me

Click Here To Show Yr Support

Berita Panas Je !!!!!!!

05 July, 2011

Jul 5, 2011 - Cinta kan Suami Orang !!!!

Cintakan suami orang

SAYA berumur 21 tahun dan menuntut di IPTA. Saya mengenali Z menerusi laman sosial. Sejak berkenalan, saya berasakan dia serasi dan hubungan kami semakin rapat.
Kami berkongsi semua perkara mengenai diri kami dalam laman sosial itu. Walaupun lama berhubungan secara maya, kami tidak pernah bertemu janji, namun saya mula menyayanginya.
Selepas setahun berhubungan, kami bercinta hinggalah berlaku kejadian di mana panggilan telefon saya pada satu pagi tidak dijawab.

Saya mencuba hingga jam 1 pagi, malangnya seorang perempuan yang menjawab panggilan saya. Dia mengatakan Z ialah suaminya dan mereka mempunyai tiga anak.

Saya putus harapan dan kecewa tetapi pada masa sama saya tidak sanggup berpisah dengan Z. Saya pernah tanya Z mengenai perempuan itu, tetapi dia menafikan.
Saya tidak pasti sama ada saya harus melupakannya atau meneruskan hubungan cinta tidak pasti ini.

INSAN BUNTU
Johor Bahru



Mengalami kebuntuan selalu terjadi apabila membabitkan gadis bercinta. Lebih sukar lagi sebaik si gadis tahu pasangannya mempunyai keluarga.

Merujuk kepada senario adik, Dang Setia mengambil pedoman daripada satu blog yang pernah Dang Setia jengah. Penulis blog berkenaan mengungkap cinta itu tidak pernah buta, sebaliknya yang buta ialah si pencinta yang terlalu taksub mengejar bayangan cinta tanpa jasad.

Dang Setia ingin menasihatkan adik supaya jangan terlalu cepat mempercayai terutama apabila jejaka seperti Z melafazkan ungkapan seperti ‘Lautan berapi sanggup aku renangi demi cintaku padamu’.

Itu antara kata-kata manis sering yang diucapkan lelaki ketika saat bercinta. Lantas, si gadis naif seperti adik pertaruhkan kepercayaan pada lelaki berkenaan walaupun pada hakikatnya baru mengenalinya.

Sebelum menjalani hubungan sepatutnya, adik kenali pasangan dengan sebaik-baiknya. Pepatah mengatakan ‘tak kenal maka tak cinta’.

Selidik latar belakang dan jangan percaya bulat-bulat setiap apa diceritakannya. Tidak lupa juga kenalilah hati budi Z sebaik-baiknya.

Proses mengenali hati budi ini tidak boleh datang sekelip mata. Malah ia mengambil masa bertahun-tahun untuk seseorang itu mengenali pasangannya.

Selain itu, minta nasihat orang tua adik kerana mereka yang memelihara dan mendidik adik sejak kecil. Mereka lebih memahami dan boleh dijadikan sandaran apabila adik memerlukan panduan dalam memilih pasangan sesuai buat diri adik.

Malah sebagai Muslim, adik boleh lakukan solat istikharah supaya beroleh petunjuk daripada Yang Maha Esa sebab Dia penentu urusan jodoh adik juga.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...