Tolong Klik kat iklan Nuffnang Tanda sokongan anda

visit me

Click Here To Show Yr Support

Berita Panas Je !!!!!!!

13 July, 2011

Jul 13, 2011 - Lelaki nekad minum racun



AULONG LAMA – Tidak tahan dengan tekanan akibat putus cinta dan tuduhan merogol, seorang lelaki mengambil langkah mudah dengan meminum racun.

Pemuda yang dikenali sebagai Chen, 25, berkata, sebelum ini, dia mempunyai seorang teman wanita berusia 16 tahun dan hubungan mereka terjalin hampir beberapa bulan.

Menurutnya, bagaimanapun hubungan itu ditentang oleh bapa teman wanitanya setelah mendapat tahu mereka pernah melakukan hubungan seks.

“Saya tidak menyangka ia akan berakhir dengan keadaan begini kerana saya sememangnya menyayangi dan ingin berkahwin dengannya,” katanya.

Chen berkata, bapa perempuan itu meminta dia menyerahkan sejumlah wang, memutuskan hubungan dan tidak lagi berjumpa dengan anaknya.

Menurutnya, akibatnya dia mengambil tindakan meminum racun dan kini terpaksa terlantar di hospital.

“Selepas minum racun, saya sempat mengirimkan sistem pesanan ringkas (SMS) kepada ibu supaya tidak membayar wang yang diminta.

“Saya mengalami muntah, suara menjadi garau dan dihantar ke hospital oleh pakcik. Sehingga kini, dua kali buah pinggang saya dicuci akibat minum racun itu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusuf Mohd Diah berkata, polis telah menerima laporan dari kedua-dua pihak yang terlibat.

Katanya, kes itu akan disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan, pihak polis juga akan membawa mangsa ke hospital untuk pemeriksaan.

“Walaupun, mangsa melakukan hubungan seks secara rela tetapi jika mangsa di bawah umur 16 tahun, ia juga dikira sebagai merogol.

“Pihak polis akan menjalankan siasatan lanjut berhubung kes ini,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...