Tolong Klik kat iklan Nuffnang Tanda sokongan anda

visit me

Click Here To Show Yr Support

Berita Panas Je !!!!!!!

14 July, 2011

Jul 14, 2011 - Jaga aurat

SAYA berkahwin hampir 10 tahun dan dikurniakan sepasang cahaya mata berusia setahun dan tiga tahun. Sejak kelahiran anak, perhatian isteri terhadap saya kurang, namun saya faham ia mungkin disebabkan keletihan melayan anak.

Isteri saya ada satu tabiat kurang elok iaitu gemar mandi bersama anak dalam keadaan separuh bogel dan hanya memakai seluar dalam.

Saya malu dengan perbuatannya dan pernah beberapa kali menegurnya tetapi dia mengatakan tidak salah. Perkara itu berlarutan sehingga kini walaupun anak lelaki saya berusia setahun lebih. Adakah perbuatan itu salah dan berdosa?
FIZ
Bagan Lalang
Aurat seseorang wanita dengan mahramnya antara pusat dan lutut. Wanita dituntut menutup bahagian tubuh badan yang boleh menaikkan syahwat lelaki walaupun mahram sendiri.

Perkara ini dilakukan bagi menjaga adab dan tatasusila wanita, terutama dalam menjaga kehormatan, supaya perkara sumbang tidak berlaku.

Perihal aurat dinyatakan dalam al-Quran menerusi surah An-Nur ayat 31 bermaksud, “Dan katakanlah kepada perempuan beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka, dan janganlah memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak mereka, atau anak tiri, atau saudara mereka, atau anak bagi saudara mereka yang perempuan, atau perempuan Islam, atau hamba mereka, atau orang gaji dari orang lelaki tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi mengenai aurat perempuan.”

Sebaiknya jika isteri saudara mahu mandi bersama, pelihara aurat seperti dijelaskan tadi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...