Tolong Klik kat iklan Nuffnang Tanda sokongan anda

visit me

Click Here To Show Yr Support

Berita Panas Je !!!!!!!

27 July, 2011

Permohonan lafaz cerai, rujuk Joey ditangguh

KAJANG: Keputusan permohonan pengesahan lafaz cerai dan rujuk yang dikemukakan isteri pelakon dan penyanyi Joey ditangguhkan sehingga 11 Ogos ini selepas isterinya, Noraini Mohamad Nasir selaku plaintif tidak hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat di sini semalam kerana demam panas.
Hakim Syarie Abdul Halim Abdullah menetapkan tarikh itu selepas peguam syarie, Amli Embong yang mewakili Noraini memaklumkan kepada mahkamah plaintif menghubunginya melalui SMS memaklumkan dia tidak dapat hadir kerana tidak sihat. Menurut Amli, ketika plaintif menghantar SMS itu, saya menyuruhnya memberi sijil cuti sakit tapi dia beritahu ketika itu dia tidak larat untuk ke hospital.

“Plaintif bagaimanapun akan menghantar salinan sijil cuti sakit kepada mahkamah dengan segera selewat-lewatnya petang ini,” katanya. Prosiding semalam ditetapkan bagi menentukan sama ada pengesahan lafaz cerai dan rujuk yang didakwa berlaku terhadap Noraini pada 4 Jun tahun lalu adalah sah atau sebaliknya, selain memutuskan sama ada Joey perlu bersumpah bagi menafikan dakwaan rujuk itu. Noraini, 45, memfailkan permohonan itu mengikut Seksyen 57 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor pada 15 Oktober 2010 iaitu kira-kira seminggu selepas Joey dilaporkan bercinta dengan pelakon, Watie Elite.
Pada prosiding terdahulu, Joey bersetuju supaya kes yang difailkan oleh isterinya itu dipercepatkan kerana dia mahu berkahwin lain.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...