Mengakui terkesima dengan populariti yang datang sekelip mata, dia tidak mahu terus melonjak gembira.
“Bagi saya, saya masih tidak sepopular artis lain, tetapi saya akui kerana drama Nora Ellena, saya mula mendapat perhatian.
“Boleh dikatakan ke mana saya pergi ada saja yang memandang dan menegur. Biarpun pada mulanya terasa pelik, tapi saya cuba membiasakan diri,” katanya yang ditemui di majlis The Blue Kebaya Showcase, baru-baru ini.
Namun di sebalik kegembiraan itu, terdengar kata-kata sinis segelintir pihak bahawa Saleha bukan berlakon kerana minat, sebaliknya kerana mahukan limpahan populariti semata-mata.
Tidak cepat melatah, Saleha menegaskan bahawa penglibatannya di dalam bidang seni adalah kerana minat.
“Dulu ketika orang tidak mengenali saya, orang asyik bertanya kenapa saya tidak popular meskipun tiga tahun berada di dalam industri. Tapi kini lain pula yang kedengaran.
“Bukan saya yang tergila-gila publisiti, tapi ia datang dengan sendirinya. Lagipun saya berlakon kerana minat, bukan untuk glamor semata-mata,” katanya.
Menyentuh mengenai namanya yang sedikit timbul-tenggelam sebelum ini, Saleha mengakui terpaksa menolak beberapa tawaran drama dan filem di awal kemunculannya.
Saleha berkata sehingga kini, dia terpaksa memilih sebelum menerima tawaran berlakon. Namun gadis berusia 21 tahun ini pantas menafikan bahawa dia seorang yang demanding.
“Saya tidak nafikan, menerima beberapa tawaran berlakon filem di awal kemunculan, tetapi terpaksa menolak disebabkan saya terikat dengan pelajaran. Saya tidak mahu nanti, semuanya tergendala separuh jalan.
“Pelajaran saya hanya berbaki setahun saja lagi, selepas itu saya akan aktif di dalam bidang seni,” kata gadis kelahiran Basildon, England itu.
No comments:
Post a Comment