BATU PAHAT: “Sejak kecil saya tidak pernah
diberikan didikan agama oleh keluarga, malah sejadah di rumah kami boleh
dianggap barang hiasan saja,” kata seorang remaja dikenali sebagai Lisa, 19,
yang kini menjadi sebahagian daripada kumpulan perempuan yang menjadi habuan
Mat Rempit dan terbabit dengan gejala sosial itu sejak berusia 15 tahun.
Menurut anak keempat daripada lima beradik itu,
keluarganya memang orang berada dan tahu dia terbabit dengan masalah sosial
seperti minum minuman keras, dadah dan seks bebas, tetapi tidak melakukan
apa-apa termasuk menasihatinya.
Dia yang keciciran sekolah berkata, keluarganya
hanya buat tidak peduli setiap kali dia mengadu atau mendapatkan pandangan
berkaitan sesuatu perkara berhubung masa depannya.
“Kerana tiada perhatian maka saya terus menjadikan Mat Rempit, dadah serta minuman keras sebagai penghibur. Setiap kali berkenalan dengan lelaki saya pasti mahu mereka membimbing saya ke jalan benar.
“Bagaimanapun, kesudahannya, saya hanya
dijadikan objek pemuas nafsu,” katanya yang membuat pengakuan berani kepada
wakil Harian Metro yang menemuinya di sini, baru-baru ini.
“Kerana tiada perhatian maka saya terus menjadikan Mat Rempit, dadah serta minuman keras sebagai penghibur. Setiap kali berkenalan dengan lelaki saya pasti mahu mereka membimbing saya ke jalan benar.
No comments:
Post a Comment