Tolong Klik kat iklan Nuffnang Tanda sokongan anda

visit me

Click Here To Show Yr Support

Berita Panas Je !!!!!!!

16 December, 2011

Remaja dipaksa melacur berjaya melepaskan diri



SEREMBAN – Seorang remaja perempuan nekad melarikan diri daripada terus menjadi mangsa pemer­dagangan manusia sebelum berjaya diselamatkan anggota polis dalam satu kejadian di Bahau, Jempol, pada 27 November lalu.

Mangsa berusia 19 tahun itu, yang mahu mencari kerja terpedaya dengan teman lelaki baru dikenali dan sepasang suami isteri selepas dijanjikan pekerjaan sebagai pembantu rumah.

Sebaliknya, dia dipaksa melacur di beberapa hotel bajet sekitar negeri ini dan turut dikurung selama tujuh hari sebelum berjaya menyelamatkan diri, kira-kira jam 10 pagi.

Berikutan itu, polis melancarkan gerakan dan menahan ketiga-tiga suspek terbabit pada hari sama mangsa melarikan diri selepas menerima laporan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Hamdan Majid berkata, semua suspek berusia antara 24 hingga 28 tahun.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 13 Akta Anti Pemerdagangan Manusia dan Anti Penyeludupan Migran 2007 yang mempe­runtukkan hukuman penjara tidak kurang tiga tahun dan tidak melebihi 20 tahun atau denda, jika disabit kesalahan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan, di sini, semalam

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...