Assalamualaikum….
Kehadapan ustaz yg saya hormati…saya
tidak tahu..di mana ingin saya mulakan bicara ini… tetapi saya mesti
menceritakn kisah ini pada ustaz supaya hati saya tenang dan mungkin dapat
meredakan rasa berdosa…saya selama ini…ustaz mungkin tidak kenal saya namun
saya mengenali ustaz..tak mengapalah kalau ustaz tak kenal saya pun….
Ustaz saya merupakan seorang lelaki
yang mempunyai memori kehidupan lampau yg cukup menyedihkan…harap ustaz tidak
bosan mendengarnya….Saya merupakan seorang suami..kepada seorang isteri yg amat
baik dan setia….namun ustaz ..saya tidak pernah menghargai kasih dan sayangnya
yang dicurahkan kepada saya….kerana pada waktu itu …mata hati saya terlalu buta
untuk membezakan yang mana kaca dan permata.
Ustaz saya telah berkahwin dengan
seorang wanita yang pada asalnya tidak saya cintai….dia seorang yang sederhana
pada segi paras rupanya….seorang yang tidak pandai bergaya …tetapi kuat
pegangan agamanya…. bertudung labuh…bersopan santun.. baik budi bahasanya….
Untuk pengetahuan ustaz perkahwinan kami ini.. segala-galanya….diaturkan oleh
keluarga dalam keadaan saya masih belum bersedia…
Ustaz terus terang saya
katakan yang saya sudah pun mempunyai teman wanita yg jauh lebih cantik
daripada isteri saya dan kami amat menyintai antara satu sama lain….cumanya
saya akui teman wanita saya ini agak sosial sedikit dan tidak menutup
aurat……Ustaz selepas berkahwin dengan isteri saya itu…jiwa saya menjadi kacau
dan keliru…..saya amat marah kepada isteri saya…kerana pada anggapan saya
kerana dialah saya tidak dapat bersama kekasih saya yg amat saya cintai itu.
Ustaz sepanjang kehidupan
kami…saya selalu sahaja mencari jalan untuk menyakitkan hatinya…dengan harapan
kami akan bercerai setelah dia tak tahan dengan kerenah saya….namun rupanya
ustaz…isteri saya ini adalah wanita yang penyabar….pernah saya tidak balik ke rumah..dengan
tujuan isteri saya akan membenci saya…tetapi selama mana lambat sekalipun saya
balik ..dia akan tunggu saya dan bila saya masuk ke dalam rumah…dia
menyambutnya dengan mesra dan bertanya: “Abang dah makan…?Nak saya panaskan
lauk dan hidangkan makanan?”
Ustaz…pernah suatu hari
saya menampar mukanya….apabila dia bertanya pada saya…”Abang dah solat?…abang
tak pernah solat ke?…..Paannggg..!!satu tamparan kuat saya berikan di
pipinya….perasaan geram..marah dan rasa terhina….bercampur ego yg menggila…Bengkak
pipinya…dia menangis terisak-isak……saya ingatkan mungkin dia akan membenci
saya..tetapi rupa-rupanya…..dia bersabar dan melayan saya sebagai suaminya.
Ustaz pernah suatu
hari…dia ingin bermanja dengan saya…..membawa sepinggan nasi goreng yang digoreng…untuk
saya …pada masa itu saya sedang berbual mesra dengan kekasih saya di dalam
handphone……ketika dia ingin menyuapkan nasi kemulut saya….saya tolak pinggan
…sehingga jatuh berkecai bersama nasi goreng yang digoreng khas untuk
saya…..dengan linangan air mata….dia mengutip setiap butiran nasi goreng yang
berhamburan ke lantai…
Ustaz saya bertambah lupa
daratan…saya habiskan masa berhibur dan berlibur dengan kawan-kawan di
luar..dengan harapan isteri saya akan lebih sakit hati dan meninggalkan saya rupanya
dia tetap tabah dan bersabar…..pernah juga saya menendang badannya kerana dia
menasihati saya supaya tidak mencari hiburan dengan jalan yang dimurkai Allah.
Ustaz….pernah suatu ketika apabila keluarganya datang bertanyakan khabar dia kata dia amat bahagia bersama saya…tapi sebenarnya hanya saya yang tahu dia berbohong.
Ustaz suatu hari saya
telah diberikan balasan oleh Allah…dan saya kira itu adalah balasan…apabila
saya terlibat dengan kemalangan….tulang paha saya patah dan dan sememangnya
saya tidak berdaya utk bangun….hampir lima bulan saya terbaring tidak
berdaya….ketika itulah isteri saya menjaga saya dengan setia sekali…..berak
kencing saya… dia tadahkan… dia basuhkan tanpa ada rungutan atau perasaan genyi
mahupun geli ….dialah yang memandikan saya…menggosok badan saya dan memakaikan
pakaian utk saya….bila saya mengerang sakit kerana kaki yang bengkak di tengah
malam…berdenyut-denyut sakitnya…dialah yang bangun …..dalam keadaan mengantuk
dan terhoyong hayang kerana tidak cukup tidur..dia datang kepada saya dan
menyapukan ubat krim dan memberi saya ubat penahan sakit…sehingga saya rasa
lega dan tertidur….tetapi isteri saya tidak tidur hingga ke pagi…….risau saya
mengerang kesakitan lagi.
Ustaz isteri sayalah yang
menyuapkan saya makan…dia sendiri tidak akan makan…melainkan setelah saya
kenyang….dia akan membuatkan makanan dan minuman mengikut kehendak dan selera
saya
Bila saya kenangkan
kembali….sewaktu saya terlantar sakit tiada siapa pun dari teman-teman yang
setia berjoli dengan saya dahulu… datang menghulurkan bantuan apatah lagi
melawat…kekasih saya..lagi lah..apabila dapat tahu saya kemalangan dan tidak
boleh bangun…dia tidak mahu lagi..menghubungi saya malah meminta hubungan kami
diputuskan.. kononnya saya suami orang..huh.. sekarang baru dia kata saya suami
orang..dulu….dialah yang menghasut dan memberikan harapan pada saya untuk
membenci isteri saya… ketika itu barulah saya sedar betapa besarnya kesilapan
dan dosa yang telah saya lakukan…Ustaz…..saya …kasar..kejam dan zalim kepada
isteri yg menyayangi saya….besarnya dosa saya…..amat menyesal rasanya.
Ustaz….ketika saya boleh
berjalan ..sedikit demi sedikit…dan saya beransur pulih….isteri saya jatuh
sakit…..badannya menjadi kurus kering….tiada selera makan…terbaring..tak
bermaya…..kata doktor yang merawatnya….isteri saya jadi begitu kerana terlalu
letih dan susah hati….hati saya menjadi sebak..kerana saya tahu sayalah
puncanya….
Ustaz kesihatan isteri
saya makin teruk…..mukanya makin pucat….tetapi dia tetap senyum….saya menangis
sepuas-puasnya memohon ampun dan maaf di atas kejahatan yg pernah saya lakukan
terhadapnya….dia hanya tenang dan menjawab dia telah lama maafkan saya….”Abang
saya dah lama maafkan abang…saya sayangkan abang”……berderai airmata saya hancur
hati saya….pilu bercampur sebak yang amat sangat…diikuti dengan perasaan
menyesal.
Ustaz selepas itu isteri
saya di masukkan ke dalam wad kecemasan…..saya menjaganya setiap hari….saya
belai rambutnya saya kucup dahinya…sambil airmata ini tidak berhenti—henti
mengalir…”Jangan menangis bang….bukan salah abang…..mungkin saya ni yang tidak
pandai mengambil hati abang…”Berdentum….seolah-olah hati saya disambar
halilintar…saya menangis lagi….sehingga keluarga yang datang melawat terpaksa
menenangkan saya…..malah ada yang memuji saya ….kerana beranggapan saya suami
yang amat menyayangi isteri…..ternyata pujian itu bagaikan sumpahan utk saya.
Ustaz…..isteri saya ada
berkata…dia meminta maaf kerana tidak dapat melahirkan zuriat untuk
saya..kerana masanya utk menghadap ilahi semakin hampir….saya meraung….merayu
kepadanya agar tidak meninggalkan saya…tapi katanya…setiap yang hidup pasti
akan mati…dan dia meminta saya menjaga diri baik-baik….kerana dia tidak boleh
lagi menjaga saya….ustaz..saya menangis …sehingga saya menjadi lemah….apabila
dia mengucapkan kata kata terakhir itu.
Ustaz…tepat jam 3.00
ptg…setelah dua minggu berada di hospital…isteri saya telah pergi meninggalkan
saya selama-lamanya….dengan bebanan dosa dan jutaan kesalan yang menerjah hati
ini…saya meraung semahu-mahunya….menyesal di atas kekasaran yg pernah saya
lakukan.
Ustaz jiwa saya tak
tenteram…apakah Allah akan mengampunkan dosa saya ini…..apakah kekasaran dan
kejahatan serta layanan buruk saya kepada isteri ….akan diampunkan
Allah….tolonglah ustaz saya amat menderita…..jiwa saya terseksa…..mungkin ini
hukuman yang patut saya terima.
Masih terngiang di
telinga saya pesanan akhir isteri saya..”abang…jagalah diri baik-baik….jangan
lupa tunaikan solat….berbuat baik… takutlah kepada Allah….dan jika bertemu
dengan insan bernama isteri….jangan berkasar dengannya sayangilah dirinya.”
Ustaz sebelum isteri saya menghembuskan nafas terakhir…dia ada meninggalkan satu nota dan sebuah lagu untuk saya dengar dan hayati….lagu itu adalah harapan yang dia impikan dari saya tetapi tidak sempat dia nikmati….kasih sayang yang terkandung dalam lagu itu…dia harapakan dari saya….Di dalam nota itu dia menulis “Abang..dengarlah lagu ini dan ingatlah saya selalu…Dahulu…saya senantiasa menanti abang pulang ke rumah…Saya teringin sangat nak makan bersama abang…..mendengar cerita abang….menyambut abang pulang dari kerja….bergurau dan bermanja dengan abang…..memeluk abang ketika tidur…..tetapi semuanya mungkin tidak sempat bagi saya…jaga diri…..sayang abang….selamanya.
Ustaz ….saya harap ustaz
tak marah saya meluahkan perasaan begini panjang pada ustaz….kerana inilah
pesan isteri saya sekiranya saya merasa terlalu sedih…ceritakanlah pada ustaz
dia tahulah apa nak buat utk tenangkan abang……Ustaz….saya harap cerita saya ini
dijadikan teladan bagi mereka yg bergelar suami….sayangilah isteri anda….selama
mana anda berpeluang utk berbuat begitu…janganlah terjerumus dengan kesilapan
yg saya lakukan…pasti anda akan menyesal tak sudah…..
Terima kasih ustaz….doakan saya…….
No comments:
Post a Comment