CEKUP...pasangan kekasih ditahan selepas
dipercayai berkhalwat dalam sebuah bilik di rumah orang.
|
ALOR GAJAH: Seorang wanita yang juga isteri
orang ditemui dalam keadaan mengaibkan apabila berpelukan dalam telanjang bulat
dengan teman lelakinya dalam bilik di sebuah rumah Kampung Baru Lendu, Alor
Gajah, pagi kelmarin.
Lebih memalukan apabila kejadian kira-kira jam
8.15 pagi itu disedari pemilik rumah berkenaan, Sutini Hamzah, 61, bersama anak
lelakinya, Ainol Adnan, 38, yang datang ke rumah itu selepas dimaklumkan jiran
mengenai tindakan sepasang kekasih tidak dikenali menginap di rumah mereka
tanpa kebenaran.
Ainol ketika ditemui berkata, sebaik dia dan
ibunya tiba di rumah itu, mereka mendapati pintu pagar depan, tingkap dan pintu
utama rumah terbuka luas seperti sudah lama ditinggalkan.
Katanya, dia memberi salam sebanyak tiga kali, namun tidak bersahut sebelum masuk ke dalam rumah yang mempunyai empat bilik itu untuk melakukan pemeriksaan, namun mendapati tiada sebarang kesan rumah itu diceroboh
Katanya, dia memberi salam sebanyak tiga kali, namun tidak bersahut sebelum masuk ke dalam rumah yang mempunyai empat bilik itu untuk melakukan pemeriksaan, namun mendapati tiada sebarang kesan rumah itu diceroboh
“Bagaimanapun, apabila saya dan ibu masuk ke bilik terakhir, kami
terkejut apabila terserempak sepasang kekasih bertelanjang bulat dalam keadaan
berpelukan nyenyak tidur seperti orang kepenatan.
“Gelagat mereka sedang berpelukan intim di atas katil amat
mengaibkan, malah mereka tidak sedar kehadiran kami,” katanya
No comments:
Post a Comment