Tolong Klik kat iklan Nuffnang Tanda sokongan anda

visit me

Click Here To Show Yr Support

Berita Panas Je !!!!!!!

22 December, 2011

Bekas isteri Zainal Abidin kemuka dokumen



KUALA LUMPUR: Satu ikatan dokumen tambahan berhubung tuntutan nafkah dua anak berjumlah RM167,102.04 dikemukakan bekas isteri penyanyi Zainal Abidin, Natasya Gabriel Abdullah di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam.
Bekas model berusia 52 tahun itu mengesahkan ikatan dokumen itu yang mengandungi salinan cek bayaran yuran sekolah, yuran tuisyen dan tambang bas sekolah di hadapan Hakim Syarie, Mohd Amran Mat Zain.

Natasya yang diwakili peguam syarie, Norhusniah Husin hadir pada jam 11 pagi, manakala bekas vokalis kumpulan Headwind itu (defendan) menyusul 10 minit kemudian.
Mahkamah menetapkan 5 April tahun depan bagi memberi peluang kepada peguam syarie Abdul Halim Bahari yang mewakili Zainal Abidin, 52, selaku defendan untuk menyoal balas Natasya.

Pada tahun lalu, Natasya memfailkan tuntutan nafkah anak-anaknya merangkumi yuran persekolahan, kelas agama dan bayaran perubatan sejak 2003 sehingga kini.

Wanita itu bernikah dengan Zainal Abidin pada 24 Mac 1987 sebelum bercerai pada 12 Disember 2000 dan dikurniakan seorang anak lelaki Mikhail, 19, yang menghidap autisme dan seorang anak perempuan, Timur, 17
Bagi nafkah pembelajaran, Natasha menuntut belanja pendidikan Mikhail ditambah RM3,500 sebulan manakala Timur RM2,000 sebulan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...