Tolong Klik kat iklan Nuffnang Tanda sokongan anda

visit me

Click Here To Show Yr Support

Berita Panas Je !!!!!!!

21 December, 2011

‘Kami tidak berpisah’



SHAH ALAM: Artis 80-an, Raisuddin Hamzah mengaku ingkar arahan untuk berpisah sementara dengan isteri keduanya, Siti Fatimah Suberi seperti yang diperintah Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, dua tahun lalu.
Pelakon dan penyanyi itu ketika disoal balas peguam syarie, Rosdan Sujak Raffi sebaliknya berkata, dia masih tinggal bersama isterinya itu. 
Dia berkata demikian ketika memberi keterangan pada perbicaraan kes faraq (membubarkan perkahwinan) dan pengesahan nikahnya dengan Siti Fatimah, semalam.
ROSDAN: Setuju jika saya katakan ada perintah mahkamah supaya kamu dan Siti Fatimah berpisah sementara? 
RAISUDDIN: Ya. 

ROSDAN: Setuju jika saya katakan kamu masih tinggal bersama dengan Siti Fatimah? 

RAISUDDIN:
 Ya 


Pada 17 Jun 2009, mahkamah memerintahkan Raisuddin dan Siti Fatimah berpisah sementara sehingga keputusan pengesahan nikah pasangan itu. 

Raisuddin, 55, menikahi Siti Fatimah sebagai isteri keduanya di negara jiran selepas menyeberang sempadan negara pada sambutan tahun baru 2007. 

Jarak usia pasangan itu adalah 30 tahun. 

Bapa Siti Fatimah, Suberi, 51 kemudian memfailkan permohonan faraq (membubarkan) nikah pasangan itu mengikut Seksyen 62(2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003 pada 26 Oktober 2007. 

Dia membuat permohonan itu atas alasan Siti Fatimah bermastautin di Selangor dan dia sebagai wali mujbir langsung tidak dimaklumkan pernikahan anaknya itu. 

Kes faraq itu didengar serentak bersama permohonan pengesahan nikah oleh Raisuddin dan Siti Fatimah. 

Raisuddin ketika disoal semula oleh peguam syarie Nor Azmi Mohd Arif berkata, dia tidak melarikan Siti Fatimah tetapi kedua-duanya secara sukarela pergi ke Thailand bersama-sama untuk bernikah di negara jiran itu. 

Dia berkata, mereka terpaksa bernikah tanpa keizinan Suberi yang tidak bersetuju dengan perkahwinan itu. 

“Ya kami pernah berbincang untuk (berkahwin) mengikut adat dan menggunakan Suberi sebagai wali. Bagaimanapun Siti Fatimah berkata, jika bapanya diberitahu, berkemungkinan kami tidak akan berkahwin,” katanya. 

Terdahulu, Raisuddin berkata, dakwaan Suberi bahawa Siti Fatimah akan dijodohkan dengan anak lelakinya dan seorang lagi calon lain bergelar doktor adalah tidak benar. 

Menurutnya, dia hanya mendengar cerita itu apabila kesnya didengar pada peringkat Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur. 

Malah, katanya, kedua-dua anak lelakinya tidak pernah mengenali Siti Fatimah. 

Pada keterangan lain, Raisuddin berkata, dia tidak bersetuju dengan permohonan faraq difailkan oleh Suberi kerana yakin pernikahannya dengan Siti Fatimah sah dari segi syarak dan undang-undang. 

Katanya, dia akan mendapat mudarat sekiranya mahkamah menerima permohonan faraq berkenaan. 

“Saya sayang Siti Fatimah. Dari hari pernikahan sehingga hari ini, hidup kami aman damai. Tiada masalah dalam rumah tangga kami,” katanya

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...