[HM]
GRIK: Seorang wanita menangis sambil merayu supaya dibenarkan masuk semula ke
dalam bilik tidur teman lelakinya bagi membolehkan dia memakai semula seluar
dalam sejurus diberkas pegawai pencegah maksiat, pagi kelmarin.
Permintaan
itu dipenuhi pegawai agama Islam daerah Grik, di sini, apabila mendapati wanita
terbabit dalam keadaan ‘mengghairahkan’ kerana hanya memakai seluar ketat
nipis.
Wanita
berusia 21 tahun dan kekasihnya 26 tahun sekali lagi mengejutkan pihak berkuasa
apabila mengaku melakukan zina
sejak lima tahun lalu selain gemar merakamkan aksi seks haram menggunakan
telefon bimbit.
Mereka yang berasal dari kampung berlainan di pinggir pekan ini membuat
pengakuan itu sejurus ditahan penguat kuasa pada jam 10 pagi kelmarin ketika
memadu asmara dalam sebuah bilik di rumah kongsi di sini.
Penolong Penguat Kuasa Pejabat Agama Daerah Grik, Mohd Jonid Abdul Syukor
berkata, enam pegawainya dibantu dua anggota Rela menyerbu rumah berkenaan
selepas menerima maklumat orang awam mengenai perlakuan pasangan itu.
No comments:
Post a Comment