KUCHING: Selepas diperkosa abang ipar beberapa
kali sejak lima bulan lalu, seorang pelajar tingkatan lima membongkar perbuatan
jijik lelaki terbabit kepada ibunya selepas mendapati dia kini mengandung.
Berikutan pendedahan itu, polis menahan suspek
berusia 43 tahun di rumahnya di Semariang, di sini kira-kira jam 11 pagi
semalam.
Menurut sumber, suspek yang tinggal bersama mangsa dikatakan mengambil kesempatan ketika semua penghuni rumah berkenaan sedang tidur dengan masuk ke bilik pelajar terbabit untuk melampiaskan nafsu serakahnya sejak Ogos lalu.
“Selepas hampir empat bulan menderita, mangsa
akhirnya membuat keputusan menceritakan kejadian itu kepada ibunya selepas
mendapati dia mengandung hasil perbuatan terkutuk suspek,” katanya.
Kata sumber, ibu mangsa yang terkejut dengan pendedahan anaknya itu kemudian membuat laporan polis sebelum membawanya membuat pemeriksaan kesihatan di sebuah klinik dan disahkan mengandung empat bulan.
“Mangsa sebelum ini dikatakan enggan makan bersama keluarganya sekiranya suami kakaknya itu turut makan bersama mereka,” katanya
No comments:
Post a Comment