TEMPAT KEJADIAN...kawasan kediaman mangsa di Jalan Puncak Desa, Kepong. Gambar kecil, Mohd Yusak, reda. |
KUALA LUMPUR: Dalam kesengsaraan dan berlumuran
darah selepas ditikam 35 kali di seluruh tubuh, seorang wanita masih mampu
mengesot lima meter untuk meminta pertolongan orang ramai menerusi tingkap
rumah sewanya di Jalan Puncak Desa, Kepong, awal pagi semalam.
Bagaimanapun, Rozana Mohd Yusak, 35, yang
dihantar ke Hospital Selayang oleh jiran, meninggal dunia ketika menerima
rawatan di hospital jam 2.10 pagi.
Sebelum itu, pada jam 1.30 pagi, mangsa yang juga kerani bank ditikam dengan objek tajam 35 kali di seluruh tubuh termasuk lengan kiri, paha, bahu, rusuk dan belakang badan di dalam rumah sewanya ketika dia bersendirian.
Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak,
Superintendan Rosly Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan daripada
seorang lelaki memaklumkan ada seorang wanita berlumuran darah akibat kesan
tikaman di sebuah rumah kedai pada jam 1.55 pagi.
Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa ditikam di ruang tamu rumah sewanya dan mengesot ke arah tingkap untuk meminta pertolongan
No comments:
Post a Comment