Tolong Klik kat iklan Nuffnang Tanda sokongan anda

visit me

Click Here To Show Yr Support

Berita Panas Je !!!!!!!

19 December, 2011

Tiga kali mungkir janji !!!!!



POKOK SENA: “Saya tidak berniat melukakan hatinya, tetapi sekadar meninggikan suara kerana marah dan malu apabila lelaki pilihannya tidak muncul tiga kali bagi berbincang mengenai perkahwinan mereka seperti dijanjikan sebelum ini.
“Saya terkejut dan sedih kerana selepas dimarahi dia terus mematikan telefon dan tidak dapat dihubungi sehingga kini,” kata Mohd Saad Mat, 60, semalam.

Menurutnya, anaknya, Shamila, 32, bekerja sebagai tukang masak di Pantai Murni, Yan dan bercadang berkahwin dengan lelaki pilihannya dikenali sebagai Umat berusia 40 tahun selepas berkenalan, setahun lalu.
“Saya restui hubungan jika mereka berkahwin berikutan Shamila sudah hampir enam tahun menjadi ibu tunggal dan sepatutnya lelaki itu datang berbincang kerana saya mahu perkara baik itu dipermudahkan.

“Saya kesal kerana tiga kali Umat berjanji datang ke rumah untuk berbincang, tetapi tidak menepati janji dengan memberi alasan hari hujan walaupun ramai jiran dan saudara-mara menanti untuk berbincang,” katanya ketika ditemui Harian Metro di rumahnya di Kampung Kubang Besar, di sini, semalam.

Selepas dimarahi, Shamila tidak pulang sejak April lalu selain tidak dapat dihubungi walaupun Mohd Saad cuba mencari mereka dengan bantuan saudara-mara dan kenalan anaknya. Mengimbas kejadian, Mohd Saad berkata, kali pertama Umat berjanji datang ialah pada malam 8 April lalu, tetapi gagal hadir dengan alasan hujan lebat dan kemudian membuat janji pada 16 April dan tidak juga mengotakan janji dengan alasan sama.
Menurutnya, lelaki terbabit kemudian berjanji datang pada 21 April, namun selepas menanti dengan menyediakan jamuan, lelaki terbabit tidak juga muncul dengan alasan sama.

“Saya berasa seolah-olah dipermainkan kerana alasan hujan itu tidak masuk akal dan dia sepatutnya bertanggungjawab selain boleh datang menaiki teksi atau meminta bantuan rakan atau saudara-mara yang mempunyai kenderaan,” katanya.

Menurutnya, dia mengetahui tempat bekerja anaknya dan lelaki berkenaan tidak jauh.

Mohd Saad berkata, lelaki itu menghubunginya dan bertanya sama ada dia masih memarahi Shamila pada 30 Mei lalu, tetapi perbualan itu terputus sebelum telefon bimbit lelaki itu dimatikan.


Dia merayu Shamila supaya kembali ke pangkuan keluarga memandangkan ibunya Rahmah Shaari, 50, sering sakit kerana rindukannya.


“Saya juga bimbangkan keselamatan Shamila yang kemungkinan dipergunakan pihak tertentu untuk melakukan perbuatan tidak baik,” katanya.


Justeru, mereka yang mempunyai maklumat atau melihat Shamila boleh menghubungi talian 017-4907746 atau balai polis berhampiran.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...