Tolong Klik kat iklan Nuffnang Tanda sokongan anda

visit me

Click Here To Show Yr Support

Berita Panas Je !!!!!!!

21 December, 2011

Suami Bijak Berperanan Isteri Pasti Tak Menolak



Meskipun sudah menjadi milik yang sah namun hubungan intim bersama isteri tak bolehlah main terus terjah sesuka hati. Perasaan isteri harus jua diambil kira selain melihat keadaan dan situasinya. Mungkin si isteri sedang kepenatan, stres atau bersedih, jika begini mana mungkin mood untuk bersama suami tercipta.
Tapi ada juga isteri yang menuruti jua kehendak suami meski separuh hati. Oleh itu prihatinlah pada keadaannya. Sebenarnya meskipun tidak berhasrat untuk seks jika si suami pandai memainkan peranan isteri pasti akan dalam rangkulan. Tak percaya praktikkan tip-tip yang disediakan di bawah ini.
Cinta Kembali Selepas Berbalah
Perselisihan faham adalah sesuatu yang normal dalam hubungan suami isteri. Pastinya menyakitkan apabila pasangan sukar menerima pendapat yang diutarakan. Tetapi bayangkan selepas keadaan beransur pulih, perasaan cinta dan sayang datang membuak-buak.
Nah, di saat inilah anda perlu memainkan peranan untuk menjernihkan keadaan. Rangkullah pasangan penuh manja dan bisikkan kata cinta di telinganya. Setelah dikucup, dibelai dan diperlakukan begitu istimewa nescaya amarah yang terbuku di hati hilang dengan sendiri. Lagipun sudah lama tidak berasmara pastinya saat yang datang ini takkan dipersia-siakan begitu sahaja.
Usapan redakan tekanan
Lazimnya, sesetengah isteri akan menolak permintaan suami sekiranya berada dalam keadaan yang tertekan dan runsing. Bagaimanapun ada di antaranya menjadikan situasi tersebut sebagai waktu puncak untuk berasmara kerana dikatakan seks mampu menghilangkan tekanan yang dirasai.
Menyedari hal sebegini maka bukakan mata seluasnya. Apabila melihat isteri tertekan, dekatilah ia dan urutlah badannya penuh mesra menggunakan minyak aromaterapi. Elakkan dari mengajaknya bersama sebaliknya dengarlah luahan yang keluar dari mulutnya. Biarkan jemari anda sahaja yang berbicara kerana lama kelamaan isteri pasti bersetuju untuk meneruskan aksi seterusnya.
Filem Romantis Bangkit Ghairah
Tidak dinafi, sesetengah lelaki gemar menyaksikan filem-filem pornografi untuk meningkatkan nafsu seksnya. Berbeza dengan wanita, kebanyakan dari mereka pula cukup suka menonton filem-filem romantis yang menyentuh jiwa.
Menyaksikan pasangan kekasih dilamun cinta membuatkan wanita-wanita ini seolah berada di dunia sendiri. Untuk itu, para suami perlu berkorban sedikit untuk menarik perhatian si isteri. Sekali-sekala, peruntukkan sedikit masa menonton filem romantis kegemarannya. Di saat kemuncak tayangan, usaplah tangan pasangan dan kucuplah penuh cinta. Usah berlebihan kerana mungkin isteri berasa tidak selesa. Sekiranya dia seperti merelakan maka teruskan ke peringkat seterusnya.
Cipta Cinta Luar Biasa
Lama tidak bersua muka pastinya membibitkan perasaan cinta. Apatah lagi bagi pasangan yang baru sahaja mendirikan rumah tangga. Tentunya apa yang dilakukan serba tak kena. Saban hari menghitung masa, mengharapkan hari cepat berlalu agar yang dinanti kembali di sisi.
Oleh itu bila berkesempatan bertentang mata maka gunakanlah waktu yang ada sebaiknya. Lepaskan segala rindu dendam yang bersarang di hati. Aplikasikan aksi-aksi yang lebih erotis agar masing-masing menikmati asmara yang sebenar-benarnya. Tentu luar biasa rasanya

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...