Tidak semua wanita boleh
mencapai orgasme dengan mudah apabila berhubungan seks, ada yang memerlukan
jangka waktu yang lama atau mungkin tidak pernah mengalaminya. Menurut pakar,
kemampuan orgasme seorang wanita boleh dilihat dari cara mereka berjalan.
Pakar seksual wanita dari Northwestern University, Dr Laura Berman mengatakan wanita yang sering mencapai orgasme ketika berhubungan seks mempunyai cara mereka berjalan yang berbeza. Bagi yang masih perawan, kemampuannya di ranjang apabila sudah bersuami juga boleh dikaji dari perbezaan ini.
Pakar seksual wanita dari Northwestern University, Dr Laura Berman mengatakan wanita yang sering mencapai orgasme ketika berhubungan seks mempunyai cara mereka berjalan yang berbeza. Bagi yang masih perawan, kemampuannya di ranjang apabila sudah bersuami juga boleh dikaji dari perbezaan ini.
“Menurut kajian, wanita yang berjalan dengan
lincah, bertenaga, berahi dan bebas cenderung mempunyai lebih banyak riwayat
orgasme vagina,” ungkap Dr Berman dalam salah satu tulisannya seperti dipetik
dari Suntimes, Selasa (25/10/2011).
Cara berjalan seperti itu, menurut Dr Berman
menunjukkan bahawa otot pinggul sekitar vagina tidak berada dalam keadaan lemah
dan dikunci. Keadaan tersebut sangat membolehkan terjadinya orgasme vagina,
yakni orgasme akibat rangsangan di dalam faraj anda.
Secara psikologi, wanita yang berjalan dengan
penuh tenaga biasanya juga mempunyai rasa percaya diri yang lebih tinggi
berbanding perempuan yang cara berjalannya tidak bersemangat. Rasa percaya diri
membuat wanita lebih berani menjelajah keperluan seksualnya, sehingga lebih
mudah mencapai orgasme.
Namun Dr Berman mengakui hubungan antara orgasme
dengan cara mereka berjalan serupa ibaratnya seperti telur dan ayam, sukar
dipastikan mana yang lebih dulu ada. Cara berjalan seperti itu boleh saja
meningkatkan peluang orgasme, namun boleh juga pengalaman orgasme yang
mempengaruhi cara mereka berjalan.
Terlepas dari benar tidaknya teori ini, Dr Berman
mengatakan bahawa pada dasarnya setiap wanita lebih dianjurkan untuk berjalan
dengan penuh tenaga dan jangan ragu untuk menggoyangkan pinggul. Berjalan
dengan penuh semangat akan membuat postur tubuh dan tulang lebih kukuh dan
tidak mudah cedera.
Diolah
dari : detikhealth
No comments:
Post a Comment