ANGGOTA polis
memeriksa dokumen 14 wanita China yang ditahan di sebuah pusat hiburan di Taman
AST, Seremban semalam.
SEREMBAN – Keseronokan 10 lelaki miang yang dihimpit gadis
gebu ketika berjoli di sebuah pusat hiburan langsung tidak berbaloi apabila
kesemuanya ditahan bersama 14 wanita China di Taman AST di sini kelmarin.
Lelaki-lelaki bermata keranjang dan
wanita berusia di antara 19 dan 57 tahun tersebut ditahan pada pukul 9.30 malam
oleh sepasukan polis Cawangan Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Ibu
Pejabat Polis Kontinjen negeri sebaik mendapat maklumat awam.
Difahamkan, kesemua wanita tersebut
cuba melarikan diri melalui jalan tikus sebaik menyedari premis itu diserbu
tetapi kecekapan polis mengawal keadaan mengatasi segala-galanya.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah
Negeri, Asisten Komisioner Hamdan Majid berkata, pemeriksaan mendapati 11
daripada wanita tersebut masuk ke sini menggunakan pas pelajar, dua pas lawatan
manakala seorang lagi mempunyai permit perkahwinan.
“Selain itu, kita turut menahan seorang penjaga premis
berusia 37 tahun manakala kesemua pelanggan yang ditahan telah dibebaskan
selepas kita berpuas hati dengan keterangan mereka,” katanya di sini semalam.
No comments:
Post a Comment