Tolong Klik kat iklan Nuffnang Tanda sokongan anda

visit me

Click Here To Show Yr Support

Berita Panas Je !!!!!!!

20 December, 2011

Pelajar Taiwan DiCabul Monyet Berahi di Bali


Gambar ini menjadi sensasi di blog dan di laman forum sejak beberapa minggu lalu. Malah kejadian ini telah mempopularkan "mangsa" monyet berahi ini di serata dunia. Namun, tidak semua blog atau laman forum menyiarkan butiran kejadian. Hanya gambar yang disiarkan. Biasalah. Gambar "hot"!





 
Charmian Chen, 22, pelajar dari Taiwan melawat Hutan Keramat Monyet Ubud, Bali bulan lepas terkejut apabila "dibogelkan" oleh dua ekor monyet. Kejadian tersebut berlaku ketika pelajar itumemberi monyet-monyet tersebut makan. Tanpa disedari Charmian, sebutir jagung terjatuh di celah bajunya. Monyet-monyet itu mahu mendapatkan jagung itu.

Walaupun Charmian cuba memegang pakaiannya daripada terlodeh, namun salah seekor monyet itu berjaya menarik pakaian Charmian sehingga mendedahkan payu daranya. Dengan muka merah padam, Charmian cuba menutup mahkota wanitanya itu dengan kedua-dua belah tangannya. 



Kejadian yang amat memalukan, malah dianggap mimpi ngeri ketika melancong di Bali itu akhirnya menjadikan Charmian ikon sensasi di internet. Gambar kejadian juga telah menjadi beritautama media di Taiwan. -DCM







P/s: Gambar itu sudah dihitamkan. Kalau anda mencarinya di internet, memang jelas Charmian hanya menutup aset berharganya itu dengan kedua-dua belah telapak tangan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...