KOTA BHARU - Hasrat
sepasang kekasih untuk melampiaskan gelora nafsu serakah mereka di dalam bilik
mandi sebuah masjid di sini kelmarin tidak kesampaian apabila dicekup oleh
penduduk kampung.
Perbuatan terkutuk
pasangan belasan tahun tersebut untuk memadu asmara berjaya dikesan oleh jemaah
sebuah masjid di Kampung Pasir Tumboh, dekat sini setelah menyedari terdapat
motosikal diletakkan di pekarangan kawasan tersebut.
Seorang penduduk yang
dikenali dengan panggilan Pok Cik Ya berusia 60-an memberitahu, kira-kira jam
4.20 petang dia melihat terdapat seorang remaja perempuan yang berbaju kurung
memasuki bilik mandi bersebelahan dengan tandas wanita.
Menurutnya, sejurus itu
terdapat seorang lelaki memasuki bilik sama dan dia terus memaklumkan kepada
jemaah masjid yang bersiap sedia untuk mengerjakan solat Asar berhubung
kelakuan mencurigakan itu.
“Selepas beberapa minit
berada di dalam bilik mandi, sekumpulan jemaah bertindak mengetuk pintu tetapi
pasangan terbabit enggan membukanya.
“Beberapa minit kemudian
pasangan terbabit membuka pintu tersebut dan remaja lelaki tadi keluar lalu
melarikan diri, dengan meninggalkan teman wanitanya yang kemudiannya menyusul
keluar dengan berpakaian lengkap,” katanya ketika ditemui di masjid tersebut
semalam.
Bagaimanapun katanya,
lelaki terbabit yang cuba melarikan diri dari masjid itu berjaya ditahan semula
oleh penduduk kampung kira-kira 200 meter dari masjid tersebut.
”Dengan kerjasama
penduduk kampung dan jemaah masjid berkenaan, kita menahan pasangan terbabit
dan pada masa sama kita menghubungi keluarga masing-masing untuk tindakan
lanjut,” katanya.
Dia berkata, sejurus
kemudian, keluarga pasangan terbabit datang ke tempat kejadian untuk berbincang
sebelum membawa pulang ke rumah masing-masing.
Katanya, pasangan
terbabit dipercayai bukan penduduk di kawasan berkenaan tetapi perbuatan keji
itu mengejut jemaah masjid dan penduduk kampung apabila terserempak mereka melakukan
perbuatan maksiat di dalam bilik mandi yang terletak di dalam kawasan masjid.
Menurutnya, kelakuan
pasangan terbabit telah mengaibkan orang Islam kerana menggunakan kawasan
masjid melakukan maksiat dan remaja sekarang sudah tidak mempunyai perasaan
malu serta takut untuk melakukan perbuatan terkutuk di masjid.
Katanya, sepanjang
tinggal di kampung ini, tidak pernah berlaku kejadian seperti ini dan penduduk
terkejut apabila ia dilakukan penduduk bukan tempatan.
No comments:
Post a Comment