SAYA berkahwin atas
pilihan keluarga, bukannya atas dasar cinta. Kami kerap tidak bersefahaman
tetapi hanya sabar dan reda.
Kalau saya mampu dari segi kewangan, mungkin
saya sudah kahwin lain.
Layanan isteri kepada saya di tempat tidur tidak
begitu baik, selain nafasnya berbau yang menyebabkan saya tidak senang dan
selesa bersamanya.
Dia tidak mahu anak lagi kerana sudah berumur 40 tahun dan bimbang anak yang dilahirkan itu nanti cacat. Akibatnya, saya disuruh memakai kondom setiap kali bersama tetapi saya tidak selesa berbuat begitu.
Dia tidak mahu anak lagi kerana sudah berumur 40 tahun dan bimbang anak yang dilahirkan itu nanti cacat. Akibatnya, saya disuruh memakai kondom setiap kali bersama tetapi saya tidak selesa berbuat begitu.
Sudah berbelas tahun saya memakai kondom dan ia tidak memberi kepuasan sebenar dan kadang-kadang menyakitkan. Jika saya mengambil keputusan bercerai, sudah pasti anak menjadi mangsa keadaan.
Saya sentiasa mencari peluang berkenalan dengan wanita yang difikirkan boleh dijadikan isteri. Namun isteri saya sebenarnya pandai menjaga hati ibu bapa saya. Cuma sekarang saya tidak puas hati cara layanannya di bilik tidur.
Mohon Dr Salam memberikan nasihat supaya saya dapat membuat keputusan terbaik menjaga hubungan ini.
ZACK,
Johor
ISLAM sudah meletakkan secara jelas bahawa kehidupan berumah tangga itu yang sebaiknya. Setiap pasangan hendaklah menjaga pasangan secara baik dan bertanggungjawab.
Mereka diibaratkan seperti pakaian yang dapat melindungi antara satu sama lain.
Kita hendaklah bersyukur pada Allah sekiranya dikurniakan nikmat hidup berumah tangga dan memperoleh zuriat.
Sekiranya terdapat kekurangan sesama sendiri, ia perlu diperbaiki sebaik mungkin. Dalam pada itu, berbincang dengan isteri secara berterus terang dapat menjaga keharmonian rumah tangga.
Ini terutama mengenai kehendak seksual. Saya berpendapat ia boleh diperbaiki apabila anda berdua bekerjasama. Contohnya, dalam hubungan seksual, ada kalanya anda tidak perlu memakai kondom, lebih-lebih lagi apabila isteri tidak berada pada masa subur.
Anda perlu menambah pengetahuan sedikit sebanyak mengenai perkara berkaitan seksual supaya dapat meningkatkan kemesraan dalam hubungan suami isteri.
Begitu juga dengan penampilan diri bersama suami ketika di rumah dan di tempat tidur, ia boleh diperbaiki. Anda tidak sepatutnya mencari jalan mudah dengan menceraikan isteri atas sebab itu semata-mata.
Ini kerana perceraian sebahagian daripada perancangan syaitan untuk menghancurkan rumah tangga selepas didirikan. Begitu juga ajakan syaitan supaya manusia melakukan zina sebelum mendirikan rumah tangga.
No comments:
Post a Comment