AMPANG JAYA - Siapa sangka sebuah kelab malam yang terletak di
pinggir ibu kota menyajikan 'hidangan' yang menjolok mata apabila penari wanita
tempatan dan asing yang berbikini bergabung tenaga demi menarik perhatian
lelaki miang berkunjung ke situ saban malam.
Wanita-wanita tempatan dan Siam
itu hanya memakai coli serta seluar dalam sebelum mempamerkan aksi-aksi yang
dapat mencairkan lelaki.
Tempat beraksi pula sangat
strategik kerana pemilik kelab menyediakan pentas dan tiang setinggi kira-kira
tiga meter untuk membolehkan penari melakukan aksi panas yang akan mendapat
sorakan pengunjung.
Lagi kuat sorakan, lagi ghairah
si penari melakukan aksi-aksi menjolok mata hingga salah seorang daripada
kira-kira 10 penari yang terlibat dipakaikan mahkota.
Bukan itu sahaja, penari yang
mabuk dibuai alunan muzik rancak dan alkohol itu akan memanjat tiang berkenaan
dengan aksi liuk-lentok untuk menggoda pengunjung memberikan mereka kalungan
bunga.
Mereka yang memperoleh kalungan
bunga kemudian akan melayan pelanggan yang sudi menghadiahkan mereka kalungan
tersebut.
Kalungan bunga itu kemudian akan
dihantar semula ke kaunter bayaran untuk dijual kembali kepada pelanggan yang
berminat dengan aksi gadis-gadis berusia lingkungan 20 dan 30-an tersebut pada
babak seterusnya.
Bagaimanapun, untuk mengurangkan perhatian pihak berkuasa, pemilik
kelab bijak mengaturkan rancangan dengan menselang-selikan persembahan ala
pat-pong di Thailand tersebut dengan persembahan live
band.
Walaupun persembahan muzik itu
agak membosankan buat pengunjung tetapi ia memberi ruang kepada penari melayan
pelanggan dan mengumpul tenaga untuk aksi seterusnya
No comments:
Post a Comment