Paksa anak saudara layan nafsu rakan
KUALA LUMPUR: Pak cik setan. Itu gelaran yang
layak diberikan kepada seorang lelaki berusia 40-an yang bukan sahaja sanggup
memaksa anak saudaranya untuk melayan nafsu buas rakannya malah lelaki itu
sanggup mencabul wanita berusia 26 tahun itu dalam kejadian di Flet Projek
Perumahan Rakyat (PPR) Pantai Dalam, kelmarin.
Menurut sumber, dalam kejadian kira-kira jam
7.30 malam itu, mangsa baru pulang dari kerja dan ketika itu, bapa saudaranya
yang menganggur keseorangan di rumahnya.
Beliau berkata, seperti biasa, mangsa melakukan rutin hariannya iaitu membersihkan rumah dan dengan tiba-tiba lelaki itu membawa sebatang batang besi lalu menerkam mangsa.
“Lelaki itu memaksa mangsa untuk melayan nafsu
rakannya untuk melunaskan hutangnya namun mangsa enggan menurut kehendak bapa
saudaranya itu.
“Akibat berang dengan tindakan mangsa, dia dibelasah dengan batang besi sehingga dia mengalami kecederaan di kepala, bibir, tangan dan kaki.
“Mangsa turut diugut bunuh jika berani melarikan diri,” katanya.
No comments:
Post a Comment