SAYA bekas pelajar di institusi pengajian tinggi
awam (IPTA) di Lembah Klang dan sekarang memegang jawatan eksekutif di sebuah
syarikat swasta. Saya menjalin hubungan dengan kekasih selama empat tahun yang
juga rakan sekelas.
Sepanjang perhubungan kami berdua, kami banyak
kali terlanjur. Masalah saya sekarang, kekasih diam tanpa berita selepas
berjumpa saya pada Oktober lalu.
Apabila saya bertanyakan masalahnya, dia tidak
mahu langsung berkongsi kerana kami berdua tinggal berjauhan. Kekasih bekerja
di pantai timur manakala saya bekerja di Lembah Klang.
Sekarang hubungan saya dengannya tergantung dan saya risau dia akan meninggalkan saya. Saya sudah bertaubat dan mahu kekasih bertanggungjawab atas diri saya
Saya tidak mahu kami berdua
mati dalam keadaan dosa dan tidak diampunkan di atas keterlanjuran kami berdua.
Saya buntu sekarang Dr. Apa yang perlu saya lakukan?Sekarang hubungan saya dengannya tergantung dan saya risau dia akan meninggalkan saya. Saya sudah bertaubat dan mahu kekasih bertanggungjawab atas diri saya
REEN,
Selangor
UMUMNYA setiap Muslim dan Muslimah mesti menjaga kehormatan diri dan berusaha supaya tidak terbabit dalam hubungan seks haram.
Islam melarang hubungan seks sebelum kahwin kerana membawa kesan buruk kepada diri sendiri, keluarga dan masyarakat.
Keterlanjuran yang berlaku perlu dibaiki dengan bertaubat kepada Allah dan berazam untuk tidak mengulanginya lagi. Tidak ada jalan lain dalam meneruskan hubungan anda berdua melainkan melalui institusi perkahwinan.
Ada baiknya meminta pasangan anda supaya mempercepatkan ikatan perkahwinan atas sebab di atas. Lagipun perkahwinan saja yang memberi ketenangan dan kebahagiaan kepada pasangan kekasih.
Sekiranya dia enggan, ada baiknya tidak meneruskan hubungan itu kerana anda mungkin terjebak dan seterusnya mengulangi maksiat dan dosa.
Tidak guna untuk mengharapkan kepada seseorang yang tidak bertanggungjawab dan hanya mementingkan diri sendiri. Dosa dan kesalahan hendaklah diserahkan kepada Allah supaya Dia memberi keampunan.
Binalah kekuatan diri dengan ajaran agama dan usah diikut kehendak nafsu.

No comments:
Post a Comment