LUNAS - Pertubuhan
Prihatin Kebaktian Masyarakat Kulim (PPKM) menahan sepasang kekasih berusia 14
dan 16 tahun dalam lubang relung air yang ditinggalkan di belakang premis
memproses getah beku di Paya Besar kira-kira jam 2 petang semalam.
Pengurus kilang yang
enggan identitinya didedahkan berkata, dia ternampak beberapa pekerjanya
memanjat tebing kilang dan mengintai ke luar premis, manakala salah seorang
daripadanya memaklumkan kepadanya berhubung perbuatan pasangan terbabit yang
sedang berasmara.
“Ini bukan kali pertama
pasangan ini melakukan perbuatan sumbang di sini. Sehingga kini pekerja di
kilang saya telah menemui mereka sebanyak tiga kali.
“Saya terkejut apabila
pekerja saya memaklumkan pasangan itu sedang berbaring sambil berasmara. Saya
kemudian memaklumkan kepada unit MPV untuk mengambil tindakan lanjut terhadap
pasangan itu,” katanya.
Dalam pada itu, pengurus
terbabit berharap pihak terlibat melihat permasalahan perlakuan seks kalangan
remaja bawah umur terutama pelajar sekolah dengan lebih serius, bagi
mengelakkan berlakunya kes buang anak, rogol dan lain-lain melibatkan mereka.
Difahamkan pihak PPKM
menyerahkan kes kepada anggota unit MPV untuk tindakan lanjut sejurus penahanan
itu.
Ketua Polis Daerah
Kulim, Superitendan Ghuzlan Saleh berkata, sehingga kini tidak ada sebarang
laporan polis dibuat oleh mana-mana pihak terlibat.
Menurutnya polis akan
menjalankan siasatan jika ada laporan dibuat terhadap mangsa terlibat.
“Perlakuan seks remaja
bawah umur sama ada pasangan perempuan rela ataupun tidak, ia akan
diklasifikasikan sebagai rogol dan ini merupakan kesalahan jenayah
serius.
“Bagaimanapun waris
harus membuat laporan polis untuk membolehkan siasatan dijalankan. Sehingga
kini kebanyakan kes rogol melibatkan pasangan kekasih bawah umur berlaku kerana
suka sama suka,” katanya.
Katanya, gejala ini mula
menular ke pelajar sekolah rendah dan ibu bapa perlu memberikan didikan agama
yang sempurna supaya mereka tidak mudah terlibat dalam sebarang perlakuan
berunsurkan maksiat dalam usia muda.
No comments:
Post a Comment