Tolong Klik kat iklan Nuffnang Tanda sokongan anda

visit me

Click Here To Show Yr Support

Berita Panas Je !!!!!!!

16 December, 2011

Isu status hanya khabar angin


Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat


KOTA BHARU – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta orang ramai tidak mempercayai khabar angin mengenai status keahlian Exco Kerajaan Selangor, Datuk Dr Hasan Ali dalam parti itu.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, Pesuruhjaya Pas ada di setiap negeri dan ia sewajarnya menjadi tempat rujukan mengenai apa saja masalah berkaitan parti.

“Saya sendiri sebagai Mursyidul Am Pas belum menerima perkembangan mengenainya (Hasan Ali), yang ada cuma khabar angin.

“Berita mengenai dia akan sampai kepada saya nanti sekiranya ada perubahan sepertimana tanggapan orang ramai, tapi setakat ini tak ada,” katanya ketika mengulas mengenai desas-desus yang mengatakan keahlian Hasan Ali digugurkan.

Beliau berkata demikian, selepas menyempurnakan Majlis Pra Pelancaran Tahun Melawat Kelantan 2012 di sini, semalam, yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan.

Kedudukan itu, katanya, akan menjadi bercelaru sekiranya dirujuk kepada pihak lain kerana pihak lain tidak mampu menyelesaikan masalah yang berlaku dalam Pas melainkan orang dalam parti Pas itu sendiri.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...