PENGAKUAN...Aida berkongsi pengalaman kisah hidupnya
sebagai ‘Geli Girl’ kepada wartawan Harian Metro.
|
GEORGETOWN: Mula menjaja tubuh untuk mendapatkan
wang ketika masih bergelar siswi, nyata kerja terkutuk itu sukar ditinggalkan
biarpun diri kini sudah menjadi graduan dan memiliki pekerjaan tetap.
Tanpa rasa malu, gadis hanya mahu dikenali
sebagai Aida, 24, berkata jika dulu golongan sepertinya dikenali sebagai ‘Call
Girl’ atau ‘Escort Girl’, kini lelaki yang menagih belaian manja mereka memberi
gelaran baru iaitu ‘Geli Girl.’
“Apapun gelaran diberi dan biarpun seluruh tubuh
kami diratah, kami tidak kisah kerana apa dicari hanyalah wang. Yang penting,
orang tak tahu kegiatan saya dan saya juga berjaya menghabiskan pengajian di
kolej,” katanya.
Aida berkata, walaupun sudah bekerja di sebuah syarikat swasta, dia masih aktif dalam kerja itu untuk menampung kos kehidupan kerana gaji diperoleh setiap bulan tidak mencukupi.
Aida berkata, walaupun sudah bekerja di sebuah syarikat swasta, dia masih aktif dalam kerja itu untuk menampung kos kehidupan kerana gaji diperoleh setiap bulan tidak mencukupi.
“Ibu bapa saya di kampung tak tahu saya melakukan kerja terkutuk
ini kerana setiap bulan saya akan memberikan separuh wang gaji kepada mereka.“Wang yang dapat hasil kegiatan Geli Girl saya tak bagi pada ibu bapa tapi saya
gunakan untuk beli barangan berjenama dan pakaian untuk diri saya,” katanya.
No comments:
Post a Comment