Tolong Klik kat iklan Nuffnang Tanda sokongan anda

visit me

Click Here To Show Yr Support

Berita Panas Je !!!!!!!

23 December, 2011

AC Mizal, Eizlan, Fazley kini Datuk



PEKAN: Istiadat penganugerahan darjah kebesaran dan pingat negeri Pahang sempena ulang tahun Hari Keputeraan Ke-81 Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah yang berlangsung di Istana Abu Bakar, di sini, semalam, turut menyaksikan penyanyi, pelakon dan pengacara, AC Mizal dikurniakan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk sekali gus menjawab teka teki peminat dunia seni tanah air.
Menurut, AC Mizal atau nama sebenarnya Mizal Zaini, 40, sebelum ini peminat dunia seni tanah air tertanya-tanya mengenai kesahihan penganugerahan darjah kebesaran berkenaan kepadanya selepas berita mengenainya tersebar dalam akhbar dan blog hiburan setahun lalu.

“Dalam tempoh berkenaan, ramai peminat mahu tahu apa cerita sebenar di sebalik berita penganugerahan pingat ini selepas ia tersiar dalam akhbar dan internet kerana ketika itu saya belum menerimanya secara rasmi.
“Malah, ada segelintir peminat juga membuat bermacam-macam spekulasi sehingga timbul cerita yang kurang enak. Apapun, saya tidak menyalahkan sesiapa kerana tahu mereka tidak memahami kedudukan sebenar termasuk proses bagaimana penganugerahan ini berjalan,” katanya ketika ditemui.

AC Mizal yang turut melebarkan sayap sebagai usahawan dan menubuhkan AC Konsortium Sdn Bhd sejak empat tahun lalu menyifatkan pengurniaan pingat berkenaan sebagai hadiah paling bermakna kepada dirinya selepas 23 tahun bergelumang dalam dunia hiburan.

Dua lagi selebriti lelaki tanah air yang menerima DIMP ialah pelakon, Eizlan Yusof, 40, dan penyanyi, pelakon, pengacara serta penceramah motivasi, Fazley Yaakob, 33. Kedua-duanya menyifatkan pengurniaan anugerah berkenaan sebagai penghargaan tidak ternilai bagi mengiktiraf individu yang berjuang dalam dunia seni

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...