Syak badan berubah
PETALING JAYA: Perlakuan sumbang seorang pelajar
perempuan tingkatan lima dengan teman lelaki hingga mengandung terbongkar
selepas bapa saudara yang menjaganya sejak kecil mendapati perubahan mendadak
ke atas badan mangsa.
Mangsa anak yatim tinggal bersama bapa
saudaranya di Flat Medan Indah, Kampung Medan, kemudian dibawa ke hospital
untuk pemeriksaan dan didapati mengandung tujuh bulan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Meor Hamdan Meor Mohamad berkata, mangsa menjalin hubungan dengan teman lelakinya berusia 23 tahun sejak Januari lalu dan sudah beberapa kali terlanjur.
Katanya, teman lelaki mangsa tidak mempunyai pekerjaan
dan dipercayai sudah melarikan diri selepas mengetahui teman wanitanya itu
membuat laporan polis.
“Mereka dikatakan melakukan perbuatan sumbang itu di rumah teman lelakinya ketika ibu lelaki itu tiada di rumah. Hubungan seks dilakukan beberapa kali hingga menyebabkan mangsa mengandung,” katanya di sini, semalam.
Beliau berkata, perubahan mendadak ke atas fizikal menyebabkan bapa saudara mangsa mengajaknya ke hospital untuk pemeriksaan lanjut
“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol,” katanya
No comments:
Post a Comment