KUALA LUMPUR: Gara-gara cemburu, seorang peniaga
wanita warga Thailand berusia 37 tahun cedera selepas lengannya dikelar jiran
juga rakan senegaranya di luar sebuah hotel di Jalan Thamby Pillay, di sini,
kelmarin.
Difahamkan, sebelum kejadian kira-kira jam 12.30
tengah malam itu, berlaku pergaduhan antara mereka selepas suspek wanita
berkenaan menuduh mangsa menjalinkan hubungan dengan suaminya.
Perselisihan faham yang mulanya hanya perang mulut pada kira-kira jam 7.30 malam berlanjutan sehingga tengah malam sambil disaksikan beberapa orang awam di kawasan berkenaan.
Menurut sumber, suspek yang gagal mengawal diri
bertindak di luar jangkaan apabila mengambil sebilah pisau pemotong sayur dan
menyerang mangsa.
“Akibat serangan itu, lengan mangsa luka dan mengalami pendarahan selepas suspek mengelarnya menggunakan pisau itu,” katanya.
“Orang ramai yang menyaksikan kejadian berkenaan kemudian menghubungi polis sebelum anggota polis peronda sampai,” katanya.
Bagaimanapun, suspek sempat melarikan diri
sebelum polis berkenaan tiba di tempat kejadian.
Sumber berkata, mangsa yang risau akan keselamatan dirinya kemudian membuat laporan di Balai Polis Brickfields.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah
Brickfields, Superintendan Aida Abd Hamid mengesahkan menerima laporan kejadian
itu.
No comments:
Post a Comment