MELAKA: Seorang pelajar sebuah institusi
pengajian tinggi awam (IPTA) ditemui dalam keadaan tidak bermaya dan mengalami
pendarahan selepas dipercayai dirogol teman lelakinya di sebuah hotel bajet di
bandar raya ini, malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu, ketika
ditemui anggota polis, gadis berusia 20 tahun itu sedang menangis dan bersandar
di kaki lima hotel bajet berkenaan.
Difahamkan, mangsa yang berkenalan dengan
kekasihnya berusia 22 tahun itu sejak dua tahun lalu, keluar ke bandar raya ini
bersama tiga lagi rakannya.
Sumber berkata, gadis itu dikatakan mengikuti teman lelakinya ke hotel berkenaan sebelum dia dirogol di situ.
Sumber berkata, gadis itu dikatakan mengikuti teman lelakinya ke hotel berkenaan sebelum dia dirogol di situ.
Menurutnya, panik dengan pendarahan dialami mangsa, teman
lelakinya dipercayai meninggalkan wanita berkenaan.
No comments:
Post a Comment