Kejadian jam 2.30 petang itu berpunca daripada
rasa tidak puas hati lelaki terbabit apabila teman wanitanya itu meminta dia
mengembalikan kunci rumah. Namun, wanita itu bernasib baik kerana hayunan tukul
teman lelakinya tidak kena ke mukanya kerana dia mengelak. Sebelum kejadian,
mangsa yang berusia 31 tahun terserempak teman lelakinya bersama seorang wanita
lain di pusat beli-belah itu menyebabkan tercetus pertengkaran.
Ketika ditemui, mangsa yang meminta namanya dirahsiakan berkata, teman lelakinya berusia 45 tahun yang juga duda lima anak bertindak luar kawalan dengan mengambil tukul dalam kereta dan memukulnya apabila dia meminta semula kunci rumahnya.
“Saya menjalin hubungan dengan dia sejak tiga
tahun lalu dan kami tinggal bersama di rumah saya di Batu 5, Jalan Matang.
Apabila mengetahui dia sudah ada kekasih lain, saya mahu dia menyerahkan
kembali kunci rumah saya,” katanya.
Mangsa berkata, selepas diserang lelaki terbabit, dia memandu keretanya ke Balai Polis Padungan untuk membuat laporan apabila mendapati lelaki terbabit masih tidak berpuas hati dan mengekorinya.
No comments:
Post a Comment