Tolong Klik kat iklan Nuffnang Tanda sokongan anda

visit me

Click Here To Show Yr Support

Berita Panas Je !!!!!!!

22 December, 2011

Rogol & Ugut sebar gambar bogel !!!!




AYER KEROH - Akibat merogol seorang remaja bawah umur dan mengugut menyebarkan gambar bogel mangsa, seorang pekerja ‘bundle’ dihukum penjara tujuh tahun oleh Mahkamah Sesyen, di sini, semalam.

Hukuman dijatuhkan Hakim Ahmad Sazali Omar ke atas Nornira Ali, 26, selepas dia mengaku bersalah terhadap dua tuduhan termasuk pertuduhan pilihan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Berdasarkan pertuduhan pindaan, tertuduh bersama seorang lagi rakannya Ruszarie Aim didakwa bersama-sama melakukan ugutan jenayah terhadap mangsa sama dan teman lelaki mangsa, berusia 15 tahun iaitu ugutan menyebarkan suatu bencana terhadap nama baik mereka.

Perbuatan itu dilakukan Nornira dan Ruszarie pada 22 Ogos 2010 di sebuah Pusat karaoke, tingkat atas Perhentian Bas Pulau Sebang di dalam daerah Alor Gajah, jam 9.30 hingga 10.30 pagi.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama, memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Pertuduhan kedua, Nor­nira didakwa merogol seorang gadis berusia 15 tahun di alamat dan masa yang sama seperti pertuduhan pertama pada 23 Ogos 2010.

Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Sebelum ini, pada 13 Mac lalu, Ruszarie dijatuhi hukuman denda RM2,000 atas kesalahan bagi Seksyen 506 selepas mengaku bersalah atas pertuduhan disabitkan ke atasnya.

Nornira yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah meringankan hu­kuman kerana telah insaf dan berjanji tidak mengulangi kesalahan itu.

Dia juga perlu menanggung ibu bapa yang uzur dan anak kecil berusia setahun serta isteri yang tidak bekerja.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Mahadi Abdul Jumaat memohon mah­kamah menjatuhkan hukuman berat kerana sering berlaku kes melibatkan rogol bawah umur.

Ahmad Sazali kemudian menjatuhkan hukuman penjara dua tahun bagi pertuduhan pindaan dan lima tahun untuk pertuduhan kedua.

Cerita Edisi Harian Metro
Dijel rogol gadis di pusat karaoke
MELAKA: Seorang penjual pakaian terpakai dihukum tujuh tahun penjara oleh Mahkamah Sesyen, di sini, semalam selepas disabitkan atas dua pertuduhan, iaitu merogol gadis bawah umur dan melakukan ugutan jenayah untuk menyebarkan video lucah mangsa dan teman lelakinya.
Hakim Ahmad Sazali Omar menjatuhkan hukuman terhadap Nornira Ali, 26, dari Tampin Tengah, dekat sini, yang menukar pengakuannya kepada bersalah.

Beliau memutuskan demikian selepas mengambil kira fakta kes, rayuan dan hujah pendakwa raya serta menasihati tertuduh supaya berfikir sebelum melakukan sesuatu perbuatan apatah lagi dia mempunyai anak dan isteri.
“Kamu boleh kata apa saja mengenai kes ini. Namun, saya ambil kira pada hari ini (semalam) kamu mengaku bersalah dan mengaku keseluruhan fakta kes.

“Saya juga bersetuju dengan pendakwaan bahawa kamu mengambil kesempatan terhadap mangsa yang belum matang berusia 15 tahun lapan bulan walau apa pun latar belakangnya,” katanya.

Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa bersama-sama rakannya, Ruszairie Aim, 25, dengan niat bersama melakukan ugutan jenayah terhadap gadis berusia 15 tahun lapan bulan dan teman lelakinya yang berusia 15 tahun iaitu hendak menyebarkan video lucah milik mereka yang boleh menyebabkan bencana kepada nama baik mangsa
Kesalahan itu didakwa dilakukan di Lot 43-46 & 45-47, Tingkat Atas Perhentian Bas Pulau Sebang, Alor Gajah, pada 22 Ogos lalu, antara jam 9.30 pagi dan 10.30 pagi dan dituduh mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan jika disabitkan boleh dipenjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Pertuduhan kedua, Nornira didakwa merogol gadis berkenaan pada 23 Ogos 2010 antara jam 9.30 pagi dan 10.30 pagi di pusat karaoke Lot 43-46 & 45-47, Tingkat Atas, Perhentian Bas Pulau Sebang.

Dia dituduh mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan, jika disabitkan boleh dipenjara tidak kurang lima tahun dan maksimum 20 tahun serta sebatan. Ahmad Sazali menjatuhkan hukuman penjara lima tahun penjara bagi kesalahan rogol dan dua tahun penjara bagi melakukan ugutan jenayah dan kedua-dua hukuman bermula serentak dari tarikh ditangkap.

Mengikut fakta, pada 22 Ogos 2010, jam 9.30 pagi pengadu dan teman lelakinya pergi ke tempat kejadian untuk berkaraoke.


Ketika membuat bayaran untuk lagu tambahan di kaunter, pengadu dan teman lelakinya dipanggil Nornira dan Ruszairie yang bertanya sama ada mereka melakukan seks di pusat karaoke itu, namun mereka menafikannya.


Selepas itu kedua-dua tertuduh memaksa pengadu dan teman lelakinya berbogel dan merakam video mereka sebelum pada sebelah malamnya dia menghubungi pengadu dan memintanya datang seorang diri ke premis itu keesokan harinya jika tidak mahu video bogel itu diedarkan.


Apabila pengadu dan kawannya datang pada keesokan harinya, tertuduh mengatakan dia hanya akan memadam video bogel mangsa dan teman lelakinya jika mangsa melakukan seks dengannya.


Pengadu memilih melakukan seks dengan Nornira kerana khuatir dia akan melaporkan kepada polis sebelum tertuduh memadam video itu Namun, tertuduh merakam pula gambar dia melakukan seks dengan pengadu sebelum mangsa membuat laporan di Balai Polis Pulau Sebang, Alor Gajah pada 25 Ogos 2010

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...