BANGKOK: Polis semalam menahan seorang lelaki
yang disyaki mensasarkan pelajar sekolah sebagai mangsa seksual selepas
mendekati mereka melalui laman web sosial.
Ketua Polis Daerah Nakhon Ratchasima's Muang,
Padungkiat Siripornwiwat berkata, suspek perogol berusia 37 tahun itu adalah
penduduk Phuket yang diburu polis. Polis diberitahu oleh guru sekolah di Nakhon
Ratchasima, seorang lelaki yang mempunyai akaun di bawah nama ‘Dan Sida’ dan
‘Nakrob Dan Tai’ (Wira Selatan) di Facebook menggoda dan memperkosa seorang
gadis bawah umur iaitu pelajar berusia 14 tahun. Suspek mengugut mangsa dengan
rakaman klip video untuk mengelak mangsa melaporkan perkara itu kepada pihak
berkuasa. Mangsa menjadi hamba seks suspek selama lebih tiga bulan. Polis juga
mendapat tahu suspek turut merogol dua lagi pelajar di sekolah sama selepas
berhubungan dengan mereka di Facebook.
No comments:
Post a Comment