Tolong Klik kat iklan Nuffnang Tanda sokongan anda

visit me

Click Here To Show Yr Support

Berita Panas Je !!!!!!!

20 December, 2011

Keputusan kes khalwat Salim, Diayana ditangguh



GEORGETOWN: Mahkamah Rendah Syariah Pulau Pinang semalam menangguhkan keputusan kes khalwat Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Salim Parlan dengan bekas pembantu peribadinya di sebuah hotel di Batu Feringgi di sini, April lalu pada 9 Januari ini.
Hakim Syarie, Nik Bukhari Hashimy Nik Yahaya menetapkan tarikh itu selepas Pendakwa Syarie, Khairil Hafiz Nazari memaklumkan tertuduh tidak dapat hadir ke mahkamah kerana ada urusan keluarga.

Pasangannya, Nur Diayana Norslan, 30, kelihatan di mahkamah dengan memakai jubah dan bertudung warna hitam ditemani dua ahli keluarganya yang turut memakai pakaian serupa sejak jam 8.30 pagi.
Khairil Hafiz memaklumkan perkara terbabit selepas menerima surat Salim yang menyatakan ketidakhadirannya mendengar keputusan kes khalwatnya itu.

Dalam prosiding, Nik Bukhari Hashimy berkata, mahkamah bersedia menjatuhkan hukuman, tetapi berpendapat kedua-dua tertuduh sepatutnya hadir bersama apabila keputusan dibuat.

“Mahkamah menunggu kehadiran kedua-dua tertuduh dan menetapkan 9 Januari ini untuk menjatuhkan hukuman,” katanya
Pada 21 November lalu, Salim, 51, dan Nur Diayana yang tidak diwakili peguam syarie mengaku bersalah atas tuduhan berkenaan sebaik saja pertuduhan dibacakan semula kepada mereka suspek, wanita berkenaan naik berang dan menegur JHEAINS kerana tetap mahu melakukan pemeriksaan.

Namun, secara tiba-tiba, seorang lelaki didapati cuba melarikan diri melalui pintu belakang, tetapi dicekup.

Penolong Ketua Penguat Kuasa Agama JHEAINS, Khamis Jamil berkata, selepas 10 minit berada di dalam rumah berkenaan, pihaknya melihat kelibat seorang lelaki cuba melarikan diri melalui pintu belakang.

“Ketika mahu beredar, dua anggota di belakang rumah menahan seorang lelaki yang cuba melarikan diri melalui pintu belakang.


“Ketika disoal, perempuan ini memaklumkan lelaki terbabit adalah anak angkatnya yang juga rakan anak perempuannya menumpang tidur di rumahnya,” katanya.


Khamis berkata, siasatan awal mendapati lelaki berkenaan tidak mempunyai sebarang pertalian dengan keluarga berkenaan lalu mereka dibawa ke Balai Polis Kinarut untuk membuat laporan.


“Hasil pemantauan kami selama lebih dua minggu mendapati lelaki ini sering mengunjungi rumah terbabit untuk bersama anak wanita berkenaan.


“Siasatan juga mendapati ibu gadis berkenaan adalah ibu tunggal,” katanya.


Khamis berkata, pasangan itu ditahan mengikut Seksyen 84 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Sabah kerana berkhalwat, manakala ibunya bakal didakwa kerana bersubahat

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...