KUALA LUMPUR: Lagak seperti ahli gusti, itu dilakukan
seorang suami yang bertindak kejam mencekik, memulas kaki dan duduk beberapa
minit di atas badan isterinya sebelum membelasah mangsa hanya kerana geram alat
pengecas telefon bimbit miliknya tidak dijumpai, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, lelaki
terbabit berusia 30-an yang buntu selepas tidak menemui alat berkenaan di
kediaman mereka di Jinjang Utara bertanya kepada isterinya, 30, sama ada
terlihat peralatan itu.
Menurut sumber, mangsa bagaimanapun hanya menggeleng kepala
tanda tidak tahu dan menyuruh suaminya mencari sekali lagi.
“Tindakannya itu mengundang padah apabila suaminya tiba-tiba naik angin dan terus memarahinya menyebabkan berlaku pertengkaran antara mereka.
“Selepas
beberapa minit bertengkar, si suami menampar muka wanita itu sebelum mencekik
dan menendang mangsa hingga terjatuh,” katanya.“Tindakannya itu mengundang padah apabila suaminya tiba-tiba naik angin dan terus memarahinya menyebabkan berlaku pertengkaran antara mereka.
No comments:
Post a Comment