Selepas Perhimpunan Agong Umno
yang lepas dan perkara-perkara bodoh yang dilakukan oleh pemimpin pakatan BN,
saya berasa amat jelik dan ia telah pun menyebabkan saya tidak menghadap
computer selama 10 hari.
Terima kasih kepada ubat-ubatan
dan antibiotik, allergik saya telah pulih dan saya akhirnya berupaya untuk
duduk dan menulis semula.
20 calon utama yang tidak mungkin
menang PRU 13, disusun dari bawah
20: P Ramasamy (DAP), beliau
merupakan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang dan sebenarnya tidak berada
dalam senarai saya ini apabila idea itu datang beberapa minggu yang lalu.
Tetapi, situasi yang ada sekarang telah dicipta oleh beliau sendiri. Beliau
telah menjengkelkan pengundi di Pulau Pinang. Saya sangat kesal kerana melihat
seorang lelaki jatuh hanya kerana egonya. Beliau mahu kerusi di negeri dan juga
di Parlimen kerana merasakan bahawa beliau layak. Keangkuhan beliau akan
membawa kepada kekalahannya.
19: Nasharudin Mat Isa (PAS). Dengan
hubungan beliau dengan UMNO, dan juga Hassan Ali, beliau telah meletakkan diri
beliau jauh daripada pengundi dan juga PAS yang menyayangi beliau seperti anak.
Tapi Nampak gayanya ia tidak berbaloi. Kini, sekiranya beliau di pilih untuk
bertanding satu kerusi untuk PAS, peluang beliau untuk menang agak tipis.
Walaupun beliau mempunyai penyokong, tetapi ia tidak cukup untuk beliau menang.
Beliau akan memerlukan pertolongan daripada UMNO, yang berkemungkinan akan
simpati pada beliau dan mungkin juga akan memberikan sekotak dua kotak undi pos
untuk membantu beliau.
18: Siapa lagi? Semestinya
Hassan Ali (PAS). Si pandai ini akan jatuh teruk.
Beliau akan akhirnya akan kembali kepada realiti. Rakyat Selangor akan
memberitahu beliau bahawa mereka tidak suka akan taktik kotor dan menjengkelkan
beliau. Sekiranya beliau bertanding di Terengganu, beliau mungkin boleh menang
tetapi, sekiranya di Selangor dengan bantuan UMNO beliau pasti kalah teruk.
Sekiranya beliau fikir bahawa rakyat Selangor bodoh akan mempercayai karut
marut yang beliau adakan selama ini, beliau memang silap. Rakyat Selangor
sememangnya berpelajaran dan bijak. Mereka tidak akan mudah melupakan isu-isu
yang ditimbulkan UMNO dan Hassan terutamanya mengenai serbuan DUMC dan juga
Injil bercakap yang bertujuan menakut-nakutkan orang Islam.
17: Zulkilfli Noordin (Calon bebas
pro BN) Ini seorang lagi pencetus masalah yang sering
berpura-pura seperti orang alim. Tetapi malangnya beliau hanya layak untuk tong
sampah. Sekiranya beliau bertanding lagi di Bandar Baru Kulim, beliau pasti
kalah. Penduduk di sana akan memastikan beliau akan kehilangan wang deposit
beliau. Mereka yang mengundi beliau atas tiket PKR telah merasa tertipu dan
sekiranya UMNO meletakkan beliau lagi di sana, PKR pasti menang!
16: Zahrain Hashim (Calon bebas
pro BN) Dahulu, beliau dianggap sebagai penyokong kuat Anwar
Ibrahim. Zahrain akhirnya menjual persahabatan dan maruah beliau kepada UMNO
semata untuk mendapatkan yang tidak seberapa dan juga mengikut PM ke luar
negara. Penduduk di Bayan Baru sememangnya mahu melihat beliau kembali tetapi
kali ini, mereka menanti dengan telur buruk. Beliau tidak berani menunjukkan
mukanya di sana lagi sejak menipu mereka. Beliau juga mungkin tidak akan
diambil oleh mana-mana parti walau UMNO sekalipun. Beliau akan kalah di mana
sahaja beliau bertanding di Malaysia.
15: Nasharuddin Hashim (UMNO). Ada
sesiapa yang ingat pada beliau? Beliaulah yang menjadi penyumbang kepada
huru-hara di Perak apabila keluar parti PKR dan masuk UMNO. Bukan itu sahaja,
beliau juga membawa 3 orang ADUN PKR bersama untuk masuk UMNO. Beranikan beliau
bertanding di Bota lagi? Tidak mungkin kerana orang Bota akan ingat betapa
beliau ini seorang penipu. Ceramah beliau sentiasa melaungkan janji setia pada
Anwar tetapi, beberapa hari sahaja selepas menang, beliau terus kembali kepada
UMNO. Sekiranya ada satu soalan yang boleh ditanya rakyat Bota kepadanya, ia
adalah berapa banyakkah yang dibayar Najib kepadanya untuk lakonan beliau itu.
14: Osman Jailu (Calon bebas
pro BN). ADUN Changkat Jering ini adalah antara 3
orang yang popular dengan situasi menggigit tangan yang memberi mereka makan.
Beliau lah antara 3 orang yang melompat parti dan membawa kepada rampasan kuasa
di Perak. Changkat Jering akan memberi pengajaran untuk beliau sekiranya beliau
menagih undi mereka lagi. Mungkin juga beliau sudah bersara kini. Denagr-dengar
beliau telah mendapat habuan besar untuk pengkhianatan beliau –cukup untuk
mengenyangkan keluarganya dan generasi yang seterusnya.
13: Jamaluddin Mohd Radzi
(Calon bebas pro BN). Layaknya seperti kasanova
dengan misai tebalnya. Sememangnya seorang penipu. Beliaulah orang kedua dalam
drama rampasan kuasa di Perak yang menumbangkan kuasa kerajaan Pakatan Rakyat
yang diterajui Menteri Besar Nizar Jamaluddin. Behrang juag ingat pada bekas
posmen ini. Beliau juga akan kehilangan wang deposit sekiranya beliau cuba
bertanding di sana lagi. Beliau diyakini gagal.
12: N Gopalakrishnan ( Calon
bebas pro BN). Beliau merupakan bekas ketua pemuda MIC
dan juga rapat dengan Samy Vellu. Saya ingat pada beliau kerana saiz kek
harijadi yang beliau berikan kepada Samy Vellu. Ada kalanya kek yang beliau
berikan itu mencecah 4 kaki. Beliau menjadi rapat dengan Anwar Ibrahim dan juga
menjadi seorang yang terkenal dalam PKR, sangat fasih berbahasa Melayu. Tetapi
seperti yang lain, beliau juga telah mengkhianati Anwar kerana wang. Keadaan
kewangan beliau sangat teruk tetapi sekarang nampak gayanya beliau sudah
melangsaikan segalanya dan hidup senang- hasil bantuan UMNO. Orang di Bagan
Serai, termasuk kaum India di sana tidak akan mengundi beliau lagi dan kita
akan terselamat daripada mendengar seorang lagi si mulut bechok di Parlimen.
11: M Saravanan (MIC) Beliau
dianggap sebagai salah seekor anjing Samy Vellu (You tube). Juga seorang yang
mempunyai personaliti besar tetapi latar belakang yang tidak baik dan sekarang
beliau sedang berhadapan dengan skandal penipuan membabitkan beberapa buah flat
DBKL dan semestinya beliau menepis dakwaan itu. Walaupun telah menang 3000 undi
di Tapah pada 2008, beliau akan kalah sekiranya bertanding lagi di sana kerana
kaum India di situ telah memboikot beliau. Terima kasih kepada Hindraf, sesiapa
pun boleh menang di sana. Sekiranya ada pertarungan 3 penjuru, PKR pasti
menang.
10: Subramaniam Sathasivam
(MIC), sekarang merupakan timbalan pengerusi MIC dan Menteri Sumber
Manusia. Beliau sedang bertelagah dengan boss beliau, G Palanivel. Tercetusnya
pertelagahan dalaman MIC dikalangan pemimpin tinggi mereka telah menghasilkan
perpecahan diakar umbi dan ini sememangnya melemahkan kedudukan beliau dalam
parti. Walaupun mungkin ada yang mengundi beliau nanti tetapi orang-orang jahat
dalam MIC akan memastikan kekalahan beliau si Segamat!
9: K Devamany (MIC). Timbalan
Presiden MIC, Devamany adalah antara beberapa calon mereka yang menang
pilihanraya lepas. Tetapi, Cameron Highland sudah tidak mengkehendaki beliau.
Selepas 2 tempoh, beliau telah lupa asal usul beliau dan beliau sekarang ingin
memasui politik peringkat kebangsaan dan ini tidak membawa hasil apabila ia
mengorbankan kawasan beliau yang juga telah merasa diabaikan. Sememangnya akan
kalah di Cameron Highland- tiada keraguan mengenai itu.
8: Khairy Jamaluddin (UMNO) Si bijak
pandai graduan Oxford ini bukanlah lawan Chegubard atau Badrul Hisham Shaharin
(PKR) di Rembau. Seperti biasa, apabila Khairy menang, pasti ada kontroversi
seperti juga kemenangan beliau melawan Mukhriz Mahathir untuk jawatan Ketua
Pemuda. Sekiranya beliau ingin mempertahankan Rembau, terutamanya selepas
skandal Gemas, NFC- Shahrizat Jalil, dan juga sekiranya UMNO merelakan beliau
bertanding, Khairy akan kalah teruk. UMNO pasti akan membuang beliau daripada
UMNO. Penyelamat Khairy hanyalah bapa mertua beliau yang mungkin boleh
meyakinkan orang-orang besar UMNO untuk beliau lepaskan kawasan beliau Kepala
Batas dan Khairy bertanding di sana. Layaknya seperti pengorbanan besar tetapi
UMNO mungkin akan menolak. Tidak menjadi rahsia bahawa orang seperti Mahathir
Mohamad mahukan karier politik Khairy berakhir.
7: Leo Gwo Burne (PKR) Beliau
menjadi popular setelah skandal pita ‘correct, correct, correct’ Lingam. Semasa
tsunami yang belaku pada 2008, beliau telah di hadiahkan kemenangan oleh rakyat
kerana mendedahkan ketidak jujuran dalam sistem kehakiman Malaysia. Beliau agak
kolot dan belum bersedia untuk politik peringkat kebangsaan. Sekiranya PKR
menamakan beliau sebagai calon, sudah tentu PKR akan kalah di Kelana Jaya.
6: Syed Hamid Syed Jaffar Albar
(UMNO) Bekas menteri dalam negeri inilah yang
bertanggungjawab memeningkan kepala Hishamuddin Hussein mengenai isu pendatang
haram. Semasa beliau mentadbir, beliau telah meluluskan banyak lesen kepada
syarikat-syarikat untuk membawa masuk pekerja asing. Syarikat-syarikat ini
memperoleh 20 000 hingga 50 000 permit yang di ‘outsource’. Pentadbiran sangat
lemah sehinggakan banyak syarikat-syarikat ini bungkus selepas mendapat
keuntungan besar. Ini menyebabkan pemegang permit ‘outsourced’ mendapat masalah
kerana kehilangan status sah mereka selepas firma-firma ini tutup. Hisham ynag
kurang bijak itu sekarang harus berhadapan dengan masalah ini. Syed Albar yang
juga bertanggungjawab menahan Teresa Kok, Raja Petra dan seorang wartawan Sin
Chew dibawah ISA pada 2008 tidak akan menang di Kota Tinggi. Umno juga tidak
mungkin akan membenarkan beliau bertanding.
5: Chua Soi Lek (MCA). Akankan
presiden MCA ini menjadi calon pada pilihanraya akan datang? Ikut kemahuan
dirinya, sudah semestinya beliau mahu bertanding walaupun tidak popular. Tetapi
ketamakkkan Soi Lek sudah pun diketahui umum dan beliau akan terus memaksa UMNO
sehingga mereka membenarkan beliau. Malang untuk beliau, sama ada orang Cina
atau Melayu, mereka akan membantah. Melihat kepada kedudukan beliau, pasti
beliau dapat bertanding di beberapa kawasan. Mungkin beliau juga merasa bahawa
beliau ada kerusi selamat di Labis, kawasan beliau sebelum ini. Tetapi
memandangkan kenyataan beliau mengenai hudud yang menimbulkan marah orang
Melayu, dan juga usaha untuk menaikkan anak beliau juga DVD seks beliau, yang
menimbulkan kemarahan orang Cina, ada baiknya beliau tidak bertanding. Rakyat
sebenarnya mahu beliau berundur. Beliau mengampu UMNO demi mendapatkan kerusi
dan menyokong UMNO membabi buta. Sememangnya rakyat Malaysia mengatakan TIDAK
kepada Soi Lek.
4: P Kamalanathan (MIC). Ketua
penerangan MIC ini mempunyai taraf keraguan yang belum dibersihkan tetapi tetap
menang di Hulu Selangor terima kasih kepada jentera BN yang menjalankan rasuah
untk undi. Beliau melakukan dosa besar kepada kaum India apabila beliau tunduk
mencium tangan TPM Muhyiddin Yassin. Gambar itu terpahat di minda pengundi
India – gambar yang menceritakan segalanya- beliau hamba. Saya boleh bertaruh
bahawa tiada orang India di Malaysia yang suka akan gambar itu. Beliau juga
merupaka orang buangan dalam MIC. Beliau akan kalah di tempat di mana orang
India menjadi penentu kemenangan seperti Hulu Selangor. Satu kekalahan yang
pasti buat BN.
3: Sekarang untuk tiga ter-atas- tiga
yang pasti kalah. Berada di tempat ke-3 adalah manusia yang sudah hamper pupus.
Raja Amfibia dan yang ke -2 paling bersikap perkauman selepas Mahathir Mohamad.
Ya tuan-tuan dan uan-puan, beliau ialah Ibrahim Ali (Calon bebas pro BN).
Beliau akan bertanding di Pasri Mas sebagai orang UMNO atau bebas? Apa jua yang
beliau pilih, beliau akan kalah teruk sama ada Pasir Mas atau mana-mana sahaja
di Malaysia. Inilah balasan rakyat kepada beliau kerana cuba memecahbelahkan
masyarakat. Beliau mungkin fikir bahawa beliau dipuja orang Melayu kerana
menjadi jaguh yang memperjuangkan hak mereka melalui Perkasa tetapi beliau
silap. Apa yang beliau buat menjadikan beliau tidak ubah seperti pelawak. Cuma
orang UMNO yang sayang pada beliau dan mereka sangat sedikit. Beliau dan
Perkasa akan dilenyapkan semasa pilihanraya kelak. Semua sudah muak dengan
beliau dan sudah semestinya Mahathir juga akan meninggalkan beliau.
2: Di tempat kedua adalah
wanita yang sudah menjadi bebanan kepada UMNO- dengan atau tanpa keluarga
beliau. Beliau sangat dikenali kerana skandal NFC yang berjumlah RM 250 juta.
Bagaimanakah lembu boleh tinggal di kondo dan menaiki Mercedes? Hanya di
Malaysia! Tidak hairanlah Malaysia merupakan negara ke 4 paling rasuah di
dunia! Selamat datang ke “Bolehland” di mana perkara yang mustahil jadi tidak
mustahil. No 2 tidak lain tidak bukan, Shahrizat Jalil (UMNO). Beliau kalah di
Lembah Pantai kepada Nurul Izzah, puteri reformasi dan telah dilantik melalui
jalan belakang dengan pangkat Senator untuk menjadi Menteri Wanita. Kerajaan
UMNO telah dengan pemurahnya memberikan pinjaman RM250 juta kepada keluarga
beliau untuk memulakan projek ternakan lembu dan kini sudahpun menjadi harta
mereka. Inilah ibu kepada semua skandal di Malaysia walaupun ia tida mencapai
tahap setinggi skandal Najib dengan isu kapal selam Scorpenes bernilai RM 12.5
billion, isu kawasan bebas Pelabuhan Kelang di mana berjuta wang cukai rakyat
Malaysia disalahguna. Skandal lembu dan kondo Shahrizat sememangnya suatu
lagenda kerana ia telah berjaya memburukkan UMNO dan menghilangkan rasa hormat
yang ada daripada rakyat. Shahrizat sememangnya beban untuk UMNO dan tidak
mungkin beliau menang di mana sahaja di Malaysia.
1: Dan akhirnya, saat yang
ditunggu! Calon paling tidak dapat menang dalam sejarah
Malaysia- di tempat pertama merupakan wanita Cina paling dibenci oleh rakyat
Malaysia – Hee Yit Foong (DAP). Beliau dipanggil pelbagai nama dan telah
mencetuskan rampasan kuasa di Perak. Orang ke 3 dalam drama tersebut dan
menjadi yang paling menjengkelkan pada masa itu. Untuk pengkhianatan beliau,
beliau telah memperoleh RM 25 juta daripada kroni kerajaan. Orang di Jelapang
akan memberikan satu pengajaran untuk beliau sekiranya beliau kembali menagih
undi di sana. Ada yang mengatakan bahawa beliau akan dibaling dengan selipar
buruk dan penyapu. Kami rasa beliau tidak mungkin akan menang di mana-mana di
Malaysia kerana belakang beliau sendiri pun tidak akan mengundi untuk beliau
setelah melihat muka beliau! Apakah yang lebih sarkastik daripada itu?
Hahahhaha !
No comments:
Post a Comment