KUALA LUMPUR - Tiga pasang merpati sejoli dicekup dalam operasi
cegah maksiat yang dilakukan Pegawai Masjid Al-Azim, Pandan Indah dan penguat
kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), sekitar Ampang dan Pandan Indah di
sini, awal pagi semalam.
Pegawai Masjid Al-Azim Pandan Indah, Ahmad Nawi Osman berkata, ketika serbuan kira-kira 2.30 pagi di Ampang, seorang pekerja wanita di sebuah hotel di ibu negara dicekup bersama pasangannya dalam sebuah pangsapuri.
Menurutnya, ketika mereka tiba, wanita tersebut memakai baju tanpa lengan dan berseluar, sementara pasangan lelakinya lengkap berpakaian.
“Wanita itu cuba bersembunyi di belakang pintu bilik. Selepas disoal penguat kuasa Jais, teman lelaki wanita itu memberi alasan tumpang tidur di rumah tersebut,” katanya.
Ahmad Nawi berkata, operasi ke atas sebuah kediaman di Pandan Indah dibuat hasil maklumat orang ramai.
“Dua pasang kekasih berusia lingkungan 25 tahun dicekup di dalam bilik berasingan di rumah itu,” katanya.

No comments:
Post a Comment