SEGAMAT: Panik sebaik
melahirkan bayi hasil hubungan terlarang dengan teman lelaki, seorang remaja
berusia 15 tahun sanggup menekap mulut bayinya sehingga lemas dan kemudian
menyoroknya di bawah katil dalam bilik tidur di rumahnya.
Malah, dia yang bersalin
berseorangan dalam bilik tidur di rumahnya di Palong 1, Gemas, sanggup menarik
keluar bayi daripada kandungan bagi mempercepatkan kelahiran, kerana bimbang
tangisan bayi itu didengari keluarga.
Bagaimanapun, kejadian
berlaku jam 11.30 pagi 30 November lalu akhirnya diketahui juga keluarga
apabila dia mengalami tumpah darah sehingga mukanya menjadi pucat.
Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Abd Majid Mohd Ali berkata, bimbangkan kesihatan anak yang semakin lemah, ibu bapa remaja berkenaan membawanya mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Palong.
“Bagaimanapun, petugas di
klinik berkenaan kemudian meminta remaja terbabit menjalani pemeriksaan lanjut
di Hospital Tuanku Ampuan Najihah Kuala Pilah,” katanya
Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Abd Majid Mohd Ali berkata, bimbangkan kesihatan anak yang semakin lemah, ibu bapa remaja berkenaan membawanya mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Palong.
No comments:
Post a Comment