JASIN – Seramai 82 bayi telah selamat dilahirkan
oleh para penghuni Sekolah Harapan, sebuah pusat pemulihan bagi remaja
perempuan yang terlanjur sejak ia beroperasi di sini pada September tahun lalu.
Pengerusi sekolah berkenaan, Datuk Ab. Rahaman
Ab. Karim berkata, daripada jumlah itu, bayi lelaki yang telah selamat
dilahirkan ialah 53 orang manakala bakinya perempuan.
Katanya, seramai 64 bayi kini dipelihara oleh
keluarga penghuni terbabit, 11 orang telah diserahkan kepada keluarga angkat,
lima bayi masih bersama ibu masing-masing di sekolah berkenaan manakala seorang
lagi dipelihara oleh ibu kandungnya yang telah berkahwin.
“Kami bersyukur kerana berjaya membantu
menyelamatkan 82 nyawa bayi yang tidak berdosa sekali gus membendung gejala
buang bayi.
“Apa yang lebih penting ibu bapa kepada penghuni
sekolah ini sanggup menjaga cucu masing-masing walaupun anak itu dilahirkan di
luar ikatan perkahwinan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.
Menurutnya, sekolah itu setakat ini telah
menerima 95 remaja dari seluruh negara dan pelbagai kaum sebagai penghuni.
“Walaupun kami menerima banyak permohonan
daripada keluarga remaja perempuan yang terlanjur untuk mendapatkan
perlindungan di sekolah ini, kami tidak dapat menerima semua kerana kemudahan
yang ada hanya cukup untuk menampung 30 penghuni pada satu-satu masa.
No comments:
Post a Comment